Susu ibu yang bengkak BASI, harus dibuang dan tak boleh beri pada baby....!!!
Pernah dengar tak statement ni?..saya tiba2 teringat kisah ni, sebab ada sorang mummy pagi tadi, citer pasal isu ni lah. Breast dia bengkak, dia perah, buang semuanya, sebab ada orang tua2 pesan kat dia, susu tu dah basi and tak boleh beri pada baby.
Jum kita bacaa...
Citernya bermula gini, time aku berpantang, aku berurut. N makcik urut tu, nampak breast aku bengkak, terus pesan kat aku supaya perah N buang susu tu. Sebab susu tu dah basi katanya. Kalau beri pada anak, nanti kembung N sakit perut jadinya. Sedih aku, dekat 2 botol aku perah, aku terus buang kat sinki. Padahal, anak aku, dah melalak2 nak menyusu. Tapi, takut basi N anak sakit perut, aku buang dulu. Pastu, aku minum air suam segelas, baru nyusukan baby. Sayang giler...banyak susu aku terbuang. Setiap kali bengkak, aku kosongkan, buang terus. Tapi, lama2 aku jadi sangsi juga, so aku siasat, tanya pada mak(mertua), dia jawab, "mana boleh susu dalam badan ni, basi nak." Aku fikir, betul juga, kalau semua dalam badan ni boleh basi, apa citer? Hari2 kena tukar darah, buang darah lama, tukar darah baru.
Pastu, time aku ada check up kat klinik, aku pun tanya pada nurse. Nurse tu pun, gelakkan aku. Dia kata, siapa la, bagi ajaran yg salah ni. Hai...rugi je...Tapi, bila fikir hikmahnya, bila kita dah faham, so kita ada satu ilmu baru. Betul tak?
Pastu, PASAL SUSU KOLOSTRUM pun, (susu yg 3 hari pertama selepas melahirkan, yg berwarna kuning keemasan), ada kawan pesan suh perah dan buang. Sebab, tu susu basi katanya. Dah ada dalam breast, time kita mengandung. So, buang susu kuning tu, pastu, bila susu dah putih, baru beri pada anak. Oh..syukurlah, aku tidak sebodoh itu, untuk senang2 je membuang susu kolostrum yg bernilai emas itu. Susu tu, mengandungi antibodi penting untuk anak. Siapa2 yg dah buang tu. Ruginya...tapi takpe, kita belajar dari kesilapan. So, pengajarannya, jangan mendengar dari satu mulut sahaja, cari fakta dan maklumat yg tepat, kemudian baru buat keputusan. Ok!!!...
Kesimpulannya, fakta yg tepat ialah, TIADA ISTILAH SUSU BASI dalam badan ibu.
Selamat menyusu...:)
Wassalam
No comments:
Post a Comment