Showing posts with label Doa untuk Ibu yang Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Doa untuk Ibu yang Menyusu. Show all posts

January 11, 2014

PUNCA SUSU KURANG DAN CARA ATASINYA :)


Assalammualaikum dan Salam sejahtera... 


Alhamdulillah kerana masih diberi nafas dan peluang menikmati keindahan ciptaan Allah
hari ni.Hari ni, saya nak berkongsi tentang PUNCA KURANG SUSU DAN CARA NAK 
ATASI untuk mommies2 semua. Tak kira ibu yang ade susu melimpah limpah ke, yang
susu 1jam setitik ke,jgn risau. jangan sedih.Bersyukur dan memang perlu bersyukur dengan
rezeki yang Allah beri.Banyak atau sikit..tetap perlu bersyukur.

Apa yang saya dapat hasil muhasabah diri dan kajian saya yang tak seberapa ni..hasil dari
blogwalking,saya list kat bawah ni apa punca mommies kurang susu dan cara untuk korang
atasi masalah kurang 
susu ye. sudi-sudi check list bawah ni. Anda ada masalah yang sama?

1. Kurang Pam Susu

Bila baby sentiasa ada dengan kita,kita banyak bagi baby direct feeding kan? So,si ibu
akan kurang mengepam.Skip waktu pam sebab cik B tak rasa sakit. Pada kita,susu
dalam cik B semua baby dah minum. Sebab tu kita tak pam. Mommies,salah tau konsep tu.
Jadi,untuk elak masalah kurang susu ni..mommies WAJIB tetapkan niat untk pam setiap 3jam. 
Tak kiralah sama ada baby dah df dengan kita atau tak.Tak kisahla banyak atau tidak hasil
untuksekali pam.Apa yang penting, mommies MESTI kosongkan cik B tu.Bila cik B kosong..
susu akan datang beramai-ramai penuhkan semula cik B kita. 
So,setiap kali pam..insyaAllah akan dapat banyak. Sebab tak ada susu berbaki dari sesi pam 
sebelumnya..Go Mommies!!! Love pumping session!

2. Buat Power Pumping

Menurut hasil blogwalking dan nasihat kawan2 saya,rajin buat Power Pumping (PP) akan
stimulate susu.Konsep PP yang saya pegang..Supply by Demand.Secara ringkas,cara
buat PP hasil dari kefahaman saya, 10-10-10, kiranya..mommies akan pam selama 10minit.
Rehat pam..10minit.Lepas rehat pam, sambung pam semula 10minit. Ini untuk double
pumping ye. Kalau ikut apa yang saya faham..single pumping akan pam sebelah kanan
10minit,tukar sebelah kiri 10minit dan begitulah seterusnya selama 1jam. Tak kisah pun
nak buat PP ni waktu bila.Pukul2-3pagi pun boleh ^_^ mommies try consistantkan buat
selama seminggu.Inshaa Allah,nampak kesannya. Elok buat waktu malam sebab susu
meriah time tu.

3. Minum Air Lebih 3liter

Kalau nak kurus kena banyak minum air kosong kan? Kalau nak susu banyak pun..kena
banyak minum air jugak.. Jadi,untuk niat nak tambah susu ni..mommies kena mula disiplinkan
diri minum air banyak-banyak. Lebih dari 4liter  minum setiap hari. Untuk elak kerap ke tandas,
mommiesminum sikit-sikit. Kiranya..tak minum sekaligus tapi minum kerap :)
semoga berjayaa!


4. Habbatus Sauda

Habbatus Sauda memang elok..dan ini adalah makanan sunnah. Selain dapat kesan baik
dari pemakanan Habbatus Sauda, dapat jugak pahala sebab makan,makanan sunnah =)


6. Tenang dan Relax

Stress pun salah satu penyebab susu ibu berkurang. Tapi,setiap kali rasa susah hati tu
datang..cuba mommies keep on remind pada diri sendiri,"jangan stress, jangan stress..
semuanya okey, kesian baby..nanti susu kurang" automatik susu tu mencurah2 nanti,
Inshaa Allah...rilekss je.

7. Doa

Part doa ni..semua pun tau kan. Senjata orang mukmin, adalah doa.Bila susu kurang..
tetap ucap Alhamdulillah dan mohon pada Allah agar perbanyakkan susu untuk beri
yang terbaik pada baby.Semuanya atas izin Allah..Kalau susu banyak macam harini,keep
on ucap Alhamdulillah kerana Allah beri peluang untuk nikmati rezeki melimpah ruah..

semoga entry ni bermanfaat untk mommies2 semua :) 
salam sayang,
AnakIbuShop 

January 10, 2014

Zikir dan Doa Semasa Bersalin

Assalamualaikum dan selamat pagi ^_^
semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Harini, akak terima satu link dari kawan... hasil dari blogwalking akak...akak jumpe satu amalan yang elok mommies amalkan untk kebaikan baby dan si ibu. antara amalan zikir dan doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung yang hendak melahirkan anak :

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

 Saat hampir bersalin, bacakan doa ini..


 “ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin, digalakkan membaca ayat kursi..

 Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya,perbanyakkan baca tasbih dibawah ini..

 Maha Suci Allah


Aku Pohon ampun kepada Allah


InsyaAllah...harap mommies dapat apply zikir-zikir ni jika hendak melahirkan baby nanti. Semoga Allah memudahkan urusan mommies semua ..AMIN

January 7, 2014

FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN..

Dengan Nama Allah,
BISMILLAH..
JOM AMALKAN DOA INI...
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA, IBU2, AYAH2...


Insyaa Allah , dngan mengamalkan doa ni,,kita semua terhindar dari fitnah dajjal akhir zaman...
Insya Allah, segala yang terbaik untuk kamu semua ^_^
Niat kerana Allah, dengan cara yang benar,
Izinkan saya membantu anda... Moga Allah meredhai.. 

January 5, 2014

DOA SEMASA MENGANDUNG ^_^

#TipsKehamilan #DoaIbuMengandung #AnakSoleh&Solehah 

Tahniah buat ibu-ibu yang mengandung. Jangan lupa amalkan amalan-amalan yang baik sepanjang kehamilan. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.


# Amalan Semasa Mengandung

Berikut adalah amalan semasa mengandung yang dipetik daripada Ustazah Siti Nor Bahyah..

Amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung:-


 Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
 Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
 Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
 Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
 Banyakkan berzikir
 Banyakkan membaca Al-Quran
 Banyakkan baca buku ilmiah (contohnya: kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat etc)
 Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
 Tidak terlalu tertekan atau stres.
 Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
 Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
 Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
 Rajin mengukirkan senyuman
 Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Perkara-Perkara yang perlu dielakkan oleh suami/isteri ketika isteri mengandung:-

✘ Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
✘ Elakkan makan dam minum makanan yang haram
✘ Elakkan makanan yang berbisa (contohnya: ikan semilang, ikan pari, nenas, tapai)
✘ Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
✘ Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
✘ Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
✘ Jauhi pertuturan yang negatif
✘ Jauhi membuka aurat
✘ Jauhi amalan khurafat

Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:

❥ Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
❥ Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
❥ Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
❥ Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
❥ Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
❥ Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
❥ Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
❥ Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)





Semoga bermanfaat buat semua..

Salam Sayang, 
AnakIbuShop...

December 24, 2013

Doa Banyakkan Susu Ibu


AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK 

MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU



Senjata utama orang Islam adalah doa. 
Walaupun mcm-mcm usaha yg kite buat tapi kalau Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu x datang. Jadi, janganlah sombong dgn Allah. Banyakkan berdoa, berzikir n mengingati Allah. 




- Baca surah Al-Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati 

semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada 

anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.






Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, 

maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu 

terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) 

telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan 

minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di 

muka bumi”.

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu 

yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan 

hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


- Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - 

Elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. 
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya. 

- Baca doa untuk ibu-ibu- 

“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, 

banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan 

anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya. 
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2. 
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Insya Allah :) 

~Segala yang terbaik buat si manja kesayangan KITA~