Semenjak dua menjak ni, saya selalu je dok baca mengenai susu pekat susu cair.Ini perihal susu ibu yang terhasil pekat dan cair.
Sebagai ibu yang menyusukan anak,semua mommy betul-betul menitik beratkan soal pemakanan kan?? Bukan berpantang makan..tapi menjaga pemakanan agar baby dapat khasiat yang baik dari susu yang kita minum. Lagipun memang antara tujuan utama bagi baby minum susu adalah nak serap dan dapat segala khasiat serta nutrien yang baik. Kalau baik pemakanan mommys, baiklah khasiat serta nutrien yang baby perolehi. kan? :)
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk perolehi susu yang pekat dan untuk memperbanyakkan susu. Semua ni hasil pembacaan saya, pengetahuan saya, perkongsian dari kawan-kawan dan ada juga yang saya sendiri aplikasikan. Apapun, konsep asas penyusuan itu adalah perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2tahun.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk perolehi susu yang pekat dan untuk memperbanyakkan susu. Semua ni hasil pembacaan saya, pengetahuan saya, perkongsian dari kawan-kawan dan ada juga yang saya sendiri aplikasikan. Apapun, konsep asas penyusuan itu adalah perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2tahun.
Pemakanan
- Lobak putih : Boleh masak buat sup. Ada jugak orang goreng letak telur dan soohoon.
- Sawi : Yang ni..mulanya macam tak percaya. Tapi memang ada kawan saya yang makan sawi membantu.
- Pegaga : untuk banyakkan susu dan pekatkan susu :)
- Jantung pisang : Boleh jadikan ulam, masak lemak pun sedap jugak.
- Cekur Manis : masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Kacang Hijau : Bubur kacang hijau letak durian. Sedap! Ini boleh pekatkan susu
- Kacang Tanah : panggang kacang tanah dan blend. Masukkan dalam susu kambing. Minum. Lazat!
- Daun Kucai : Daun kucai dan ikan bilis, rebus. Makan dengan nasik panas.
- Petola, bayam, daun turi : masak lemak manis (ini dapat dari blog walking) tak sure sebab tak pernah try.
- Cheese boleh pekatkan susu
- Buah Kurma : Ini ramai yang dah tahu :)
- Kobis - masak air
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau.
- Sayur Bendi : Masukkan dalam asam pedas atau makan ulam.
- Biskut bijirin : Biskut yg ade cereal. Tak kisah biskut apa. Asalkan yang ada careal.
Minuman
- Air masak : Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Sebelum pam susu minum air. lepas pam susu pun minum air.
- Longan Kering : Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
- Halba : Rendam dan minum air halba (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Kalau tak lalu nak minum air, boleh masukkan dalam lauk yang dimasak.
- Oat : Boleh buat lempeng, cekodok letak oat.
- Jus pegaga
- Lobak putih - rebus dan minum.
-Air Sengkuang Cina - Boleh beli dalam tin brand season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
Tinggalkan AIS dan MINUMAN SEJUK sebab ini adalah antara punca susu kurang pada sesetengah ibu.
Senarai Pengedar Shaklee Malaysia
Tq... good sharing
ReplyDelete