Showing posts with label Rawatan Pantas Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Pantas Penyusuan. Show all posts

January 8, 2014

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL ???

Assalamualaikum semua...
bismillah..

Hari ni, saya nak share citer tentang bagaimana susu ibu terhasil. Berdasarkan pengalaman2 yg telah dilalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg saya nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. And tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Saya rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal and faham tentang breast kita, Insya Allah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah.... 



Apa yg saya boleh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Mommies2 sume igt saya tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, "ada ke susu aku nih?".. saya tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!" 
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan saya ni, saya akan cakap, "susu saya banyak...Insyaallah, susu saya banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak saya ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari atau minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri and penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang)...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum and selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut. 

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa saya akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula"

***Just follow blog AnakIbuShop ini, InsyaAllah semoga kita sama2 dapat manfaatnya... ^_^

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.
"Selamat menyusu" :)



January 5, 2014

DOA SEMASA MENGANDUNG ^_^

#TipsKehamilan #DoaIbuMengandung #AnakSoleh&Solehah 

Tahniah buat ibu-ibu yang mengandung. Jangan lupa amalkan amalan-amalan yang baik sepanjang kehamilan. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.


# Amalan Semasa Mengandung

Berikut adalah amalan semasa mengandung yang dipetik daripada Ustazah Siti Nor Bahyah..

Amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung:-


 Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
 Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
 Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
 Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
 Banyakkan berzikir
 Banyakkan membaca Al-Quran
 Banyakkan baca buku ilmiah (contohnya: kisah-kisah nabi, kisah-kisah para sahabat etc)
 Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
 Tidak terlalu tertekan atau stres.
 Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
 Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
 Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
 Rajin mengukirkan senyuman
 Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Perkara-Perkara yang perlu dielakkan oleh suami/isteri ketika isteri mengandung:-

✘ Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
✘ Elakkan makan dam minum makanan yang haram
✘ Elakkan makanan yang berbisa (contohnya: ikan semilang, ikan pari, nenas, tapai)
✘ Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
✘ Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
✘ Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
✘ Jauhi pertuturan yang negatif
✘ Jauhi membuka aurat
✘ Jauhi amalan khurafat

Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:

❥ Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
❥ Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
❥ Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
❥ Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
❥ Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
❥ Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
❥ Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
❥ Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)





Semoga bermanfaat buat semua..

Salam Sayang, 
AnakIbuShop...

January 2, 2014

BOLEH KE IBU MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK??

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bismillah..

Harini terpanggil nak berkongsi satu isu yang menjadi kegusaran ramai ibu. Sedar atau tidak, 
ramai juga sebenarnya ibu yang masih menyusukan anak..telah hamil. 
Ada yang hamil ketika usia anak belum sampai 1tahun. Malah jangan terkejut, 
ada juga di antara ibu yang hamil semula ketika anak masih belum pun mencecah usia 6bulan. 


"SAYA MENGANDUNG DAN MASIH MENYUSUKAN ANAK. 
BOLEHKAH SEORANG IBU YANG MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK?? 
ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN 
ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA?? 
ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA MACAM MANA PULA??"

Petikan daripada blog drzubaidi.com


Kebanyakkan ibu yang hamil dan menyusukan anak juga ada memikirkan masalah 
pengecutan rahim apabila anak terus menyusu, sedangkan bayi dalam rahim ingin 
terus membesar. Adakah bayi dalam rahim tidak dapat membesar sihat kerana pengecutan 
rahim berlaku bila ibu terus menyusukan anak? 
Jemput baca petikan dari blog dr.zubaidi juga di bawah ini.


Namun, jika ibu mengalami beberapa masalah seperti di bawah ini, ibu dinasihatkan 
untuk tidak meneruskan penyusuan semasa mengandung.

1- Ibu pernah mengalami keguguran

2- Ibu pernah lahirkan anak pra-matang

3- Jika ibu mengalami pendarahan dan sakit perut yang kuat, ibu perlu hentikan penyusuan.

Jika ibu tidak mengalami masalah-masalah di atas, 
ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa kepada anak yang masih di susu kan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil kira sekiranya 
ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:

• Sejarah perubatan.

• Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan 
sihat dan boleh teruskan penyusuan

• Tahap keselesaan fizikal dan emosi.

• Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur 
kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan 
dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang 
perkembangan berat badannya)

• Pengambilan makanan yang berkhasiat.Pengambilan suplemen yang secukupnya 
InsyaALLAH akan dapat membantu.

• Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.

• Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.

Antara fakta penting yang perlu ibu semua tahu sekiranya ingin 
meneruskan penyusuan ketika hamil:

• Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan 
zat makanan yang diperlukannya. 

• Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. 

• Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat 
diperlukan. 

• Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, 
pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 
bagi mengurangkan rasa sakit tadi. 

• Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan 
piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti 
yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan 
vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak 
diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. 
Apapun, makanan yang seimbang adalah sangat penting. Menurut kajian, wanita hamil 
memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam 
kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 
kalori tambahan dalam sehari. 

• Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan 
susu disebabkan oleh perubahan hormon. 

• Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. 
Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan
bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada 
biasa. 

• Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. 
Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. 
Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu 
memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang 
baru bercerai susu ibu. 

Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu semua...sudah pastilah 
setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak-anak. Tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya 
mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan. Jangan pernah putus 
berdoa ...Insya Allah..semoga semua urusan dipermudahkan..

salam sayang, 
AnakIbu Shop

December 29, 2013

RAWATAN PANTAS BAYI TERSEDAK SUSU




Bismillah,
InsyaAllah entri kali ini saya akan kongsikan tentang info Bayi tersedak susu. Teruskan pembacaan anda untuk info lanjut.



PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.


2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.


3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.


4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

CARA YANG BETUL UNTUK MENYUSUKAN BAYI
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.



 RAWATAN JIKA BAYI TERSEDAK
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.

4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.

6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga tips ini membantu ibu diluar sana~ 
SALAM SAYANG,
AnakIbuShop