Salam sejahtera dan selamat petang..
Apa keperluan breast pump?
Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke.
Bagi ibu yang bekerja, selepas berpantang kalau nak berterusan memberi si anak dengan susu ibu, memang perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri.
Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump?
Jawapan saya mudah saja. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Terpulang kepada kerajinan masing-masing. Dan terpulang kepada berapa banyak masa lapang masing-masing. Yang paling jelas bila pakai breast pump elektronik, ialah masa mengepam yang lebih singkat. Kita ni kan memanjang je nak cepat. kalo pengepam pada waktu pejabat, lagi la nak cepat-cepat. Kita tak perlukan usaha yang gigih untuk menggerakkan tangan pun semasa mengepam. Cuma biasanya breast pump electric ni lebih mahal. Biasa la kan.. Lagi kompleks, lagi mahal la.
Manakala breast pump manual pulak lebih murah. Tapi lebih versatile sebab boleh digunakan tanpa power supply, senang cakap kalau pergi hutan Amazon yang tak ada sumber elektrik pun kita masih boleh pump susu. Cuma masa mengepam lebih lama dan tangan lebih penat. Tapi apa ke jadah plak kita nak gi hutan Amazon kan? Itu je la beza yang ketara. Jadi sama ada nak beli yang manual atau elektrik... ikut suka korang.
Aksesori Tambahan Bagi Breast Pump
Sebelum membeli breast pump, kita tentu akan mempertimbangkan banyak aspek seperti; harga, fungsi, kelebihan, kekurangan, suction strength dan jenama yang dipercayai. Daripada apa yang saya dah siasat, harga setiap breast pump, biasanya takkan berbeza banyak di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau beza pun beberapa RM sahaja. Itu pun kalau kamu hanya bercadang nak membeli breast pump semata-mata. Tapi biasanya, kalau kita beli breast pump, kita juga perlukan peralatan-peralatan sokongan untuk membuat stock susu, atau untuk membantu penyusuan. Di antara peralatan-peralatan sampingan yang diperlukan untuk membuat stock susu [bagi ibu bekerja] ialah;
1. Ice Pack - Yang ini penting untuk membawa susu jika tiada tempat menyejuk beku. Ice pack berfungsi untuk mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang lebih lama tanpa peti sejuk.
Lebih afdholll kalau beli yang reusable. Boleh le guna berulang kali sampai hancho ice pack itu.
2. Storage Bags - Terdapat 2 jenis produk yang dipanggil storage bags. Pertama beg plastik kecil yang digunakan untuk mengisi susu yang telah di pump. Dan satu lagi ialah beg yang lebih besar untuk membawa stock susu [untuk travel].
Storage plastic bags.
Storage plastic bags. Sama fungsi dengan storage bottles. Cuma yang ini lebih menjimatkan ruang peti sejuk anda. |
Ini pun storage bag jugak. Fungsinya untuk bawa stock susu dari satu tempat ke satu tempat lain. Contohnya dari ofis ke rumah. Dari rumah nak bawak balik kampung. So, nanti kat dalam bag ni la perlu letakkan ice pack tu. Supaya kekal sejuk. boleh rujuk STORAGE BAG SINI
3. Storage Bottles - Sama fungsinya dengan storage bags jenis beg plastik kecil. Untuk menyimpan susu yang telah di pump.
Storage bottles. Rupa dia lebih kurang macam botol susu biasa, cuma atasnya takde puting. Penutupnya penuh. |
Yang di atas tu antara peralatan tambahan yang penting untuk buat stock susu. Peralatan lain bergantung la kepada keselesaan masing-masing.
Jenama
Kalau baca daripada banyak website dan testimoni, sepakat menyatakan bahawa jenama terbaik breast pump adalah Medela keluaran Switzerland. Terbaik daripada segi produk dan juga maintenance dan after sale service. Yang pasti harga pun mesti la 'terbaekkk' punya. Memang mahal la ni. Perbandingan daripada segi kadar sedutan yang lebih lembut dan paling menyerupai hisapan bayi. Kadar sedutan itu juga boleh laras [bagi mesin electric Swing dan FreeStyle]. Bunyi yang lebih perlahan berbanding jenama lain. Tapi still ada bunyi. Lebih ringan dan kecil berbanding jenama lain.
Kat di persekitaran saya, ramai ibu-ibu susu menggunakan jenama Spectra. Mungkin sebab Spectra ni agak murah berbanding dengan Medela dan fungsi dia pun not bad la. Yang paling famous ialah Spectra 3. Spectra 3 ada kebolehan untuk buat double pumping. Bunyi dia agak kuat. Rupa paras dia 4 segi sebongkah je macam tak sty-lo sangat. Berat pun lebih daripada Medela Swing dan Freestyle. Tak boleh menggunakan bateri. Dan kuasa sedutannya lebih kuat cuma takleh laras kekuatan tu. Ada satu mode je la.
Ini Spectra 3. Kan sebongkah je rupa dia. |
Avent adalah keluaran daripada Philips made from England. Biasanya jenama Avent ni orang beli yang manual punya.
Pembelian Yang Berbaloi
Ada banyak kedai online dan pusat menjual barangan keperluan bayi yang menjual breast pump.Semuanya menawarkan harga yang tidak jauh bezanya. Jadi, bagaimana ingin membuat pembelian yang benar-benar berbaloi? Macamana nak tau offer yang ditawarkan itu adalah yang terbaik? Breast pump mana yang terbaik untuk dibeli supaya tidak menyesal?
Lain orang lainlah kriteria yang membuatkan mereka puashati. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan paling utama adalah menilai dan membuat perbandingan beberapa jenama sebelum membuat keputusan untuk membeli breast pump. Tidak semestinya apa yang kawan-kawan kita pakai, sesuai dengan kita. Dan tidak semestinya apa yang orang lain tidak selesa pakai, tidak sesuai dengan kita. Faham maksud saya?Yang penting berani mencuba dan kena yakin la dengan pilihan yang kita buat tu. Jangan mula-mula kita nak beli kemre Sony, pastu sampai kedai tetiba je berubah fikiran beli Olympus. Memang menyesal tak sudah la. Eh.. eh.. ni citer pasal breast pump. Takde kaitan dengan kemre.
Jika kamu dah pilih jenama breast pump tertentu untuk kamu beli, perkara kedua yang perlu kamu pertimbangkan ialah : apa yang didatangkan percuma bersama breast pump itu. Saya cadangkan supaya kamu mencari breast pump yang dijual secara package, tapi pastikan package tersebut berbaloi. Cemana nak tau berbaloi ke tak? Kamu kena calculate sendiri, harga setiap barang yang diberikan di dalam package tu dan compare jumlahnya jika kamu beli barang-barang itu secara berasingan. Kalau kamu perhatikan betul-betul, jenama yang menawarkan breast pump dengan harga mahal, telah disertakan sekali dengan package tertentu contohnya Medela FreeStyle dan Avent ISIS. Dalam tu disertakan sekali storage bottle, storage bags, bottle rack dan lain-lain.
tq ye..sgt membantu bg sy yg baru dok terpikir nk beli breat pump :)
ReplyDelete