AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK
MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU
Senjata utama orang Islam adalah doa.
Walaupun mcm-mcm usaha yg kite buat tapi kalau Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu x datang. Jadi, janganlah sombong dgn Allah. Banyakkan berdoa, berzikir n mengingati Allah.
- Baca surah Al-Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati
semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada
anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,
maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu
terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka)
telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan
minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di
muka bumi”.
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu
yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan
hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
- Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar -
Elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
- Baca doa untuk ibu-ibu-
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan
anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya.
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2.
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Insya Allah :)
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya.
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2.
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Insya Allah :)
~Segala yang terbaik buat si manja kesayangan KITA~
No comments:
Post a Comment