December 29, 2013

RAWATAN PANTAS BAYI TERSEDAK SUSU




Bismillah,
InsyaAllah entri kali ini saya akan kongsikan tentang info Bayi tersedak susu. Teruskan pembacaan anda untuk info lanjut.



PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU
1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.


2. Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.


3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.


4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

CARA YANG BETUL UNTUK MENYUSUKAN BAYI
1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

3. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.



 RAWATAN JIKA BAYI TERSEDAK
1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.

4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.

6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga tips ini membantu ibu diluar sana~ 
SALAM SAYANG,
AnakIbuShop 

No comments:

Post a Comment