January 2, 2014

BOLEH KE IBU MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK??

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bismillah..

Harini terpanggil nak berkongsi satu isu yang menjadi kegusaran ramai ibu. Sedar atau tidak, 
ramai juga sebenarnya ibu yang masih menyusukan anak..telah hamil. 
Ada yang hamil ketika usia anak belum sampai 1tahun. Malah jangan terkejut, 
ada juga di antara ibu yang hamil semula ketika anak masih belum pun mencecah usia 6bulan. 


"SAYA MENGANDUNG DAN MASIH MENYUSUKAN ANAK. 
BOLEHKAH SEORANG IBU YANG MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK?? 
ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN 
ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA?? 
ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA MACAM MANA PULA??"

Petikan daripada blog drzubaidi.com


Kebanyakkan ibu yang hamil dan menyusukan anak juga ada memikirkan masalah 
pengecutan rahim apabila anak terus menyusu, sedangkan bayi dalam rahim ingin 
terus membesar. Adakah bayi dalam rahim tidak dapat membesar sihat kerana pengecutan 
rahim berlaku bila ibu terus menyusukan anak? 
Jemput baca petikan dari blog dr.zubaidi juga di bawah ini.


Namun, jika ibu mengalami beberapa masalah seperti di bawah ini, ibu dinasihatkan 
untuk tidak meneruskan penyusuan semasa mengandung.

1- Ibu pernah mengalami keguguran

2- Ibu pernah lahirkan anak pra-matang

3- Jika ibu mengalami pendarahan dan sakit perut yang kuat, ibu perlu hentikan penyusuan.

Jika ibu tidak mengalami masalah-masalah di atas, 
ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa kepada anak yang masih di susu kan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil kira sekiranya 
ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:

• Sejarah perubatan.

• Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan 
sihat dan boleh teruskan penyusuan

• Tahap keselesaan fizikal dan emosi.

• Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur 
kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan 
dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang 
perkembangan berat badannya)

• Pengambilan makanan yang berkhasiat.Pengambilan suplemen yang secukupnya 
InsyaALLAH akan dapat membantu.

• Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.

• Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.

Antara fakta penting yang perlu ibu semua tahu sekiranya ingin 
meneruskan penyusuan ketika hamil:

• Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan 
zat makanan yang diperlukannya. 

• Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. 

• Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat 
diperlukan. 

• Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, 
pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 
bagi mengurangkan rasa sakit tadi. 

• Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan 
piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti 
yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan 
vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak 
diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. 
Apapun, makanan yang seimbang adalah sangat penting. Menurut kajian, wanita hamil 
memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam 
kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 
kalori tambahan dalam sehari. 

• Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan 
susu disebabkan oleh perubahan hormon. 

• Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. 
Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan
bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada 
biasa. 

• Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. 
Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. 
Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu 
memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang 
baru bercerai susu ibu. 

Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu semua...sudah pastilah 
setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak-anak. Tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya 
mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan. Jangan pernah putus 
berdoa ...Insya Allah..semoga semua urusan dipermudahkan..

salam sayang, 
AnakIbu Shop

No comments:

Post a Comment