Showing posts with label Menepis Cabaran Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Menepis Cabaran Breastfeed. Show all posts

January 8, 2014

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL ???

Assalamualaikum semua...
bismillah..

Hari ni, saya nak share citer tentang bagaimana susu ibu terhasil. Berdasarkan pengalaman2 yg telah dilalui dan cerita2 dari ibu2 lain yg telah berjaya, apa yg saya nampak sekarang ialah, kebanyakan ibu2 belum kenal lagi breast masing2. And tak study secara detail bagaimana susu ibu terhasil. Saya rasa, kita kena kembali kepada perkara asas, iaitu kenali breast kita terlebih dahulu. Supaya bila kita dah kenal and faham tentang breast kita, Insya Allah, perjalanan breastfeeding akan menjadi lebih mudah....

 Ok, jom kita tengok pada struktur gambarajah di bawah.... 



Apa yg saya boleh rumuskan di sini, kita dapat lihat dengan jelas, bahawa susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang2 susu supaya menghasilkan susu. Berbeza dengan susu tepung; air panas, air masak, susu tepung, botol susu dan yg sewaktu dengannya, telah terhidang di depan mata. Penat ke, stress ke, baby tetap leh disusukan. Walaupun ayahnya, yg takde susu pun leh tolong susukan baby. Hatta orang gaji indon pun leh tolong susukan anak korang, bagi yg minum susu formula.

Sebab tu, permulaan penyusuan terutama bagi ibu2 yang bersalin sulung (tiada pengalaman) seringkali gagal dalam proses breatfeeding ni.Sebabnya, susu tu bila dipicit baru keluar. Itupun, cam menitik aje. Kemudian bila perah kadang2 tak keluar. So, tak nampak hasilnya, ibu2 pun risau dan mudah terpengaruh dgn cakap org2 tua, bila diorg start buka mulut kata susu kita tak cukup. Ibu akan bertambah down, terus baby pun melalak! Sebabnya, si ibu tadi dah hantar signal yg salah kat otak bahawa susu dia tak cukup. So, macamana kilang dia nak proses susu.

Teknik yg betul ialah, FIRST SEKALI SET DALAM MINDA BAHAWA TIADA MAKANAN LAIN SELAIN SUSU IBU UNTUK ANAK KITA PADA 6 BULAN PERTAMA. (Cuba set dalam minda, kalau aku tak nyusukan anak aku ni, nanti dia akan sakit. Nanti dia tiada antibody, susu formula mengandungi bahan kimia yg berbahaya pada bayi, susu formula bukan susu semula jadi) Sebab tu, klinik kerajaan mengambil tindakan yg betul, sebab tidak membenarkan ibu2 membawa botol susu masuk ke dalam klinik @hospital. Supaya, ibu2 yg baru saja melahirkan, tidak sewenang2nya, set dalam fikiran, kalau tiada susu, susu tepung setin, dah ada kat tepi nih! Tak yah la aku nak risau. Dah.....nampakkan, korang dah hantar lagi sekali signal yg salah pada otak korang, bahawa, anak korang tak semestinya kena minum susu korang. So, kilang tu pun berehat seketika @berehat buat selama2nya, bila tiada rangsangan dari baby.

Mommies2 sume igt saya tak tahu eh, bila korang tengah nyusukan anak korang, dalam hati korang berkata2, "ada ke susu aku nih?".. saya tengok raut muka korang pun dah leh baca. Muka terkerut2 bagi susu kat anak. Tak sampai 5 minit terus cakap, "dahla bang, bancuh jela susu tu, susu tipah takde la bang. Tak mau keluar!" 
Dah...kalau korang cakap gitu, walau kitorang nasihat banyak2 kali pun tak guna jugak. Sebab minda korang dah set begitu. So kilang susu korang tutup kedai la...Lainla, kalau otak korang leh bluetooth dengan saya ni, saya akan cakap, "susu saya banyak...Insyaallah, susu saya banyak...Insyaallah, Allah itu Maha Pemurah...Insyaallah, rezeki anak saya ada..." (Ini sebenarnya apa yg setiap ibu harus lakukan dalam minda korang)

Kemudian, bila korang dah berjaya beri kolostrum tu, kadang2 breast kita amik masa beberapa hari untuk membengkak, mengeluarkan susu yang matang. (Ibu baru kena faham, mula2 breast kita memang lembut, seolah2 macam tiada susu, bila perah pun adala dapat sesudu. Itu perkara normal dan biasa. Ok!)
Bila picit nipple pun, yg keluar cecair jernih kekuningan. Itulah kolostrum yg bernilai EMAS buat baby kita. Itu penting untuk antibodi si dia (si kecil tersayang).

Dan lagi satu, memang NORMAL dan BIASA bila baby, pada beberapa hari atau minggu pertama kerap menangis nak susu. Ada yg setiap 1 jam, malah setiap 30 minit pun ada. Ini mula2. Sekadar beberapa selang waktu, untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri and penghantaran signal pada kilang susu supaya produce susu yang mencukupi untuk baby. (Jangan terpengaruh dengan mana2 mak bedah, cakap seolah2 susu korang tak cukup N baby tak kenyang. Itu gosip girl@ gosip makcik2 semata2. Berdasarkan fakta yg sebenar, susu ibu adalah makanan yg mudah dihadam oleh bayi. Sebab tu, baby cepat lapar. Sebab ia mengandungi gula ringkas dan zat2 lain yg mudah dicernakan oleh perut bayi. Compare dengan susu formula, yg korang ingat baby tidur lama sebab kenyang)...Maaf cakap, fakta yg sebenarnya, perut baby sedang bekerja keras pada ketika itu, demi untuk menghadamkan satu ramuan asing yg telah dimasukkan ke dalam perut dia.

Kemudian, untuk kes2 tertentu, bagi baby yg ada masalah sehingga memerlukan ibu untuk memerah susu di hospital. Mula2 memang hasilnya sesudu dua. Susu tu cukup untuk mengenyangkan baby. Amalkan setiap kali sebelum and selepas mengepam@menyusu minum air suam sekurang2nya segelas. Supaya flow susu berjalan lancar. Jangan simply mudah2 dengar cakap mak bedah, tak elok minum air banyak, nanti peranakan berair dan sebagainya. Percaya tak, mana2 ibu yang menyusukan badan anaknya (secara fully bukan campur dgn susu formula), walau dia berisi, gebu, gemuk atau kurus, badan dia tetap ada shape. Sebab, menyusu mempercepatkan proses rahim kembali mengecut. 

K, sekian untuk kali ini. Maybe kalau ada masa saya akan sambung lagi lepas ni.

"Breastfeeding bukanlah semudah yang disangka, tetapi bila kita dah laluinya, ia adalah pengalaman yg paling indah dan pengurusannya lebih mudah dari menguruskan susu formula"

***Just follow blog AnakIbuShop ini, InsyaAllah semoga kita sama2 dapat manfaatnya... ^_^

Mengandung, melahirkan dan menyusu itu FITRAH seorang WANITA.
"Selamat menyusu" :)



January 7, 2014

FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN..

Dengan Nama Allah,
BISMILLAH..
JOM AMALKAN DOA INI...
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA, IBU2, AYAH2...


Insyaa Allah , dngan mengamalkan doa ni,,kita semua terhindar dari fitnah dajjal akhir zaman...
Insya Allah, segala yang terbaik untuk kamu semua ^_^
Niat kerana Allah, dengan cara yang benar,
Izinkan saya membantu anda... Moga Allah meredhai.. 

January 2, 2014

BOLEH KE IBU MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK??

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bismillah..

Harini terpanggil nak berkongsi satu isu yang menjadi kegusaran ramai ibu. Sedar atau tidak, 
ramai juga sebenarnya ibu yang masih menyusukan anak..telah hamil. 
Ada yang hamil ketika usia anak belum sampai 1tahun. Malah jangan terkejut, 
ada juga di antara ibu yang hamil semula ketika anak masih belum pun mencecah usia 6bulan. 


"SAYA MENGANDUNG DAN MASIH MENYUSUKAN ANAK. 
BOLEHKAH SEORANG IBU YANG MENGANDUNG MENYUSUKAN ANAK?? 
ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN 
ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA?? 
ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA MACAM MANA PULA??"

Petikan daripada blog drzubaidi.com


Kebanyakkan ibu yang hamil dan menyusukan anak juga ada memikirkan masalah 
pengecutan rahim apabila anak terus menyusu, sedangkan bayi dalam rahim ingin 
terus membesar. Adakah bayi dalam rahim tidak dapat membesar sihat kerana pengecutan 
rahim berlaku bila ibu terus menyusukan anak? 
Jemput baca petikan dari blog dr.zubaidi juga di bawah ini.


Namun, jika ibu mengalami beberapa masalah seperti di bawah ini, ibu dinasihatkan 
untuk tidak meneruskan penyusuan semasa mengandung.

1- Ibu pernah mengalami keguguran

2- Ibu pernah lahirkan anak pra-matang

3- Jika ibu mengalami pendarahan dan sakit perut yang kuat, ibu perlu hentikan penyusuan.

Jika ibu tidak mengalami masalah-masalah di atas, 
ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa kepada anak yang masih di susu kan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil kira sekiranya 
ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:

• Sejarah perubatan.

• Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan 
sihat dan boleh teruskan penyusuan

• Tahap keselesaan fizikal dan emosi.

• Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur 
kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan 
dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang 
perkembangan berat badannya)

• Pengambilan makanan yang berkhasiat.Pengambilan suplemen yang secukupnya 
InsyaALLAH akan dapat membantu.

• Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.

• Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.

Antara fakta penting yang perlu ibu semua tahu sekiranya ingin 
meneruskan penyusuan ketika hamil:

• Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan 
zat makanan yang diperlukannya. 

• Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. 

• Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat 
diperlukan. 

• Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, 
pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 
bagi mengurangkan rasa sakit tadi. 

• Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan 
piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti 
yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan 
vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak 
diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. 
Apapun, makanan yang seimbang adalah sangat penting. Menurut kajian, wanita hamil 
memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam 
kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 
kalori tambahan dalam sehari. 

• Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan 
susu disebabkan oleh perubahan hormon. 

• Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. 
Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan
bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada 
biasa. 

• Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. 
Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. 
Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu 
memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang 
baru bercerai susu ibu. 

Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu semua...sudah pastilah 
setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak-anak. Tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya 
mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan. Jangan pernah putus 
berdoa ...Insya Allah..semoga semua urusan dipermudahkan..

salam sayang, 
AnakIbu Shop

December 31, 2013

P.E.R.H.A.T.I.A.N kpd moms to be, mummy2 yg sedang berpantang & ibu yang bekerja. Kata2 negatif peluntur semangat untuk breastfeeding !!!


Assalamualaikum dan selamat pagi semuaa..
Entri ni khas untuk bakal ibu2 (yg sedang pregnant), yg sedang berpantang serta yang bekerja. 
Ni antara peluntur semangat kita untuk BREASTFEED anak2 kita...
Jauhkannya!!!! :-

1. "Bukan semua ibu ada ada susu badan."
- Tak betul! Semua wanita dicipta mempunyai salur susu yg sama banyak dengan wanita2 lain. Malah ada yg  production susunya lebih dari keperluan baby. Kebanyakan baby2 yg tak naik sgt berat badan bukannya disebabkan si ibu tak cukup susu tetapi adalah disebabkan cara penyusuan yang salah. Sebab tu,ibu2 kena belajar teknik yg betul untuk menyusukan baby. Mintak tolong nurse ajar @ rakan2 yg breastfeed anak2 mereka.

2. "Biasalah tu kalau menyusukan anak kita rasa sakit kat breast."
- Tak betul! Kalau kita menyusukan dengan cara yg betul,biasanya tak menyakitkan. Kalau setakat rasa nyeri2 sikit kat perut tu disebabkan rahim kita sedang mengecut. Menyusu baby mempercepatkan rahim kita mengecut. Lagi pulak,kalau melecet kat nipple tu, jangan stop susukan baby..Caranya pas nyusu, picit keluar susu kita sikit, sapu sekeliling nipple,biar kering udara. Nak sapu nipple cream pun boleh jugak. Biasa dalam 2-3 hari akan sembuh. Tapi tetap nyusukan cam biasa. Takut nanti bengkak susu pulak. Kalau tak ok lebih 3 hari, cuba consult dgn doktor atau lebih baik jumpa pakar laktasi.

3. "Susu tak cukup lepas bersalin sampai hari keempat pun ada."
  •  Tak betul! Biasanya kalau cara baby hisap salah,macamana nak produce susu, sebab rangsangan tiada. Pastikan baby disusukan dengan cara yg betul. Lagi pulak, memang 1-3 hari pertama, breast kita hanya mengeluarkan kolostrum, sebab tu kena kerap beri baby hisap (on demand), supaya ada rangsangan n susu matang akan keluar cepat. So, jangan putus asa kata korang takde susu,pastu terus decide nak bagi susu formula!
  • Ada lagi,baby nampak macam tak puas nyusu,cuba tanya nurse dulu,suh diorg tgk,betul ke cara korang menyusukan baby? bukan pe,takut salah je cara latch on tu. Cuba dengar,masa baby hisap tu,ada dengar tak dia hisap, telan,hisap telan. Takpun,leh tengok pada leher dia. 
  • Ada lak,makcik2 yg banyak bunyik, cakap baby tu minum susu tak puas. Ni yg malas ni, ni yg wat korang terpengaruh nak bagi susu formula ni konon sebab kesian kat anak takut tak kenyang...Lagi kesian kalau tau,sebenarnya perut dia masa tu,kecik je, sebesar guli je baru, pastu,kita nak paksa minum susu formula..Ish..sampai hati korang...:(
  • Pastu,ada lak yg suh perah@pam nak tengok berapa banyak susu korang ada. Ini kesian betul org ni,betul2 tak faham ilmu breastfeeding..Maaf ye,hasil susu yg diperah atau dipam bukan hasil sebenar pengeluaran susu kita. Jangan silap eh..Breast kita unik.Subhanallah..Percayalah pada ciptaan Allah yg Maha Sempurna ini..! Harap korg dapat bolayan karenah2 makcik bz ini dengan penuh adab sopan dan tatasusila..(Dengar saja, ikut jangan).Okeh! :)
Kesimpulannya sebenarnya,susu yg kita ada pas bersalin tu,cukup utk mengenyangkan baby kita. Percayalah.. :)

Semoga entry ni bermanfaat untuk mom2 and mommy to be :)
salam Sayang,
AnakIbuShop..

December 30, 2013

Taktik menghadapi serangan dari beberapa penjuru


Salam,
Salam selamat pagi kepada mummy2 mithali and solehah yg sudi singgah ke blog yg tak seberapanya ini..... :)

Hari ni, kita citer tentang, bagaimana nak menghadapi situasi sekiranya terdapat serangan dari pelbagai penjuru. Tak kisahlah ada yg terkena serangan 3 penjuru, 5 penjuru atau berapa penjuru... Yang penting, kita sama2 share pengalaman bagaimana nak hadapi semua ni, supaya misi kita untuk 'breastfeed' hingga 2 tahun berjaya!!!

Ada beberapa serangan, dari pelbagai penjuru. Saya akan pecahkan satu-satu. Cuma pecahan ni, saya ikut turutan dari selepas kita bersalin...(Sebaik2 je baby sudah ada depan mata.) Ok, jom baca sampai habis.(pastu, kalau sudi, sebar2kan entri ni, supaya, mummy2 yg lain dapat gunakan ini sebagai perisai untuk menentang serangan dari pelbagai arah ok :)


Breastfeed your loved ones <3 nbsp="">

1. Serangan dari kakitangan hospital (tempat kita bersalin) atau bidan (kalau yg masih bersalin kat rumah)


- Hospital

  •  terus berikan baby susu formula sebaik saja baby selamat dilahirkan. Biasanya, baby akan disusukan, selepas doktor buat 'check up' kat baby ( mummy awal2 kena pesan pada kakitangan hospital, SECARA TEGAS, saya mahu susukan anak saya. Jangan beri langsung anak saya minum apa2 selain dari susu saya!) Jangan TAKUT, itu HAK kita. Anak kita, bukan anak dia.. :)
  • nurse yg tak support breastfeeding, sentuh2 breast kita, terus cakap kita tak de susu. (padahal, memang susu belum dihasilkan lagi, yg ada cuma kolostrum.)
  • bagi mummy yg tiada pengalaman menyusukan anak, pasti akan menghadapi masalah. (kalau bersalin di hospital rakan bayi, biasanya nurse akan ajar ibu cara menyusu yang betul. Kalau bukan rakan bayi, nurse akan cakap, " Puan, anak puan dah lapar, dia harus disusukan segera. Biar kami susukan dia." Sebabnya, dia tak kuasa nak ajar cara menyusu dengan betul.Makan masa nak belajar ni, diorg kan busy) So, mummy WAJIB study tentang breastfeeding ni, di awal kehamilan lagi. Supaya minda sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran yg mendatang...


-Bidan
  • Ada sesetengah bidan yg sokong susu ibu, tapi mentaliti dia masih anggap susu ibu tak kenyang. Biasanya dia akan nasihat mummy supaya campur dengan susu formula atau bagi glukos, air nasi @ pisang lenyek. TAK PERLU!!!
( Perut bayi yg baru lahir, cukup sekadar diisi dengan kolostrum sahaja. Tapi, kalau anak melalak tak cukup susu, biasanya sebab kita yg ajar dia awal2 minum susu formula.So, terpaksala hadapi... Masih boleh kalau nak patah balik untuk menyusu sepenuhnya.Tapi, bukan mudah tau!
  • Biasalah tu, baby baru lahir minum kerap. Susu ibu mudah dihadam dan diserap oleh perut baby. Sedangkan susu formula tu, ambil masa yg lama untuk perut baby berhempas-pulas proses susu tu.Sebab tu, lambat lapar. Bukan kenyang seperti yg org biasa maksudkan.

2. Serangan dari suami/ibubapa/ ibubapa mertua/ adik-beradik/ kakak ipar dll sedara mara terdekat yg tak support breastfeeding

  • Bila dikelilingi dgn org yg terdekat, TAK SUPPORT BREASTFEEDING pulak.Kita akan stress...Pastu effect production susu. Susu tak mau keluar. Atau susu ada, tapi LDR (Let Down Reflex), pancutan susu yg mengenyangkan baby tu tak de.LDR ni, pantang terganggu sikit je, terus tak mau bertugas. Mummy tak leh stress, tak leh rasa malu, tak leh sedih and macam2 lagi perasaan negatif. Saya ada post entry pasal ni. boleh rujuk SINI
(So, caranya, kalau tengah nyusukan anak, ada insan2 yg sebegini, elok mummy and daddy jauhkan diri sekejap. Agak2 kalau diorang tengah kerumun kita kat katil wad, mummy gi nyusu baby jap (minta excuse), dekat bilik TV ke, kat nursing room ke.Jauhkan dulu dari bunyi2 bising yg mengganggu (mulut2 yg membebel suh mummy kasi susu botol @ cakap mummy takde susu). Kita baru je bersalin, nak nyusukan anak bagi yg pertama kali, memang agak mencabar! Bukan mudah, dan ia adalah sesuatu yg perlu dipelajari.
  • Sering jugak terjadi, akibat baby MELALAK macam ape da... Macam da lapar sangat gayanye!!! Buatkan mummy panik and tertekan. Mungkin flow susu agak lambat. Paling memburukkan keadaan, mummy tengah panik and stress, mulut2 bising dok bunyi2 tak henti, tambahkan stress mummy. INGAT, JANGAN STAY kat situ, bawa diri mummy and baby ke bilik lain (untuk menyusu). JAUHKAN DIRI DARI MEREKA2 ITU!
(NORMAL kalau mummy stress, susu tak keluar. Jangan panik! Cuba tenangkan diri, nyanyi atau selawat perlahan2, ala2 nak dodoikan baby tido. Insyaallah, bila hati mula tenang, susu akan lancar. )
  • Kawan2 ofis call tanya kabar and tanya, "dah ajar anak minum susu botol tak? Nanti naik ofis ko susah. Takut anak tak pandai minum botol."
Hati mummy yg baru bersalin sulung akan goyang. Sebab takde pengalaman and belum ada keyakinan lagi, sama ada susu mummy cukup tak untuk baby.
(Insyaallah susu cukup. Mummy kena percaya pada diri. Yakin pada rezeki Allah. Mummy dah selamat mengandung and bersalin, Insyaallah mesti boleh menyusu. Cuma kalau menyusu buat yg pertama kali, banyak perkara yg harus dipelajari. Jangan susah hati, tanya pada nurse yg boleh membantu atau tanya pada kawan2 yg breastfeed. JANGAN SILAP BERTANYA PADA ORG YG TAK BREASTFEED. Jawapannya, tak breastfeedlah jadinya nanti )
Tips untuk yg ini, (jangan kita berlagak atau 'over confident' pulak pasal breastfeeding ni). Kalau ada yg menasihat suh top up susu formula. Senyum je...berikan maklumbalas yg bersopan... "Tak pe kak/ makcik/ nenek...sy cuba breastfeed dulu, tengok dulu macam mana...Setakat ni, alhamdulillah susu saya cukup untuk anak saya..."

3. Ketika berpantang dgn mak/ mak mertua/ penjaga dan yg sewaktu dengannya...
  • Mereka suh mummy ajar anak minum susu formula, sama ada sebab takut baby tak kenyang, atau takut mummy tak cukup susu.
Biasanya, kalau mummy menolak susu formula, diorang akan jawab dulu kita masa kecik2 pun minum susu formula, tak de apa pun..Hidup je..
So, terdapat kekeliruan di sini. Takde siapa pun cakap, minum susu formula tu BAWA MAUT! Siapa yg cakap? Siapa yg kata baby minum susu formula tu BODOH! Tak de cakap pun. Tapi, kadang2, org2 yg tak berjaya fully breastfeed ni, macam melenting2 bila kita nak breastfeed anak. Seboleh2 nak kita ikut jugak rentak dia.

***Sebenarnya tujuan kita nak breastfeed anak, ialah kerana nak pertahankan hak menyusu untuk anak. Tambah lak memang sudah termaktub di dalam Al-Quran, penyusuan hingga genap 2 tahun. Malah setiap titis susu tu, terdapat pahala di dalamnya. Lagi pulak, mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastu, susu ibu ni, berubah kandungannya ikut usia anak. Lagi, susu ibu ni, memang KHUSUS untuk bayi kita. Tambah lak kalau premature, baby memang sangat2 memerlukan susu ibu ni kerana antibodi di dalamnya. Susu ibu, baby jarang sembelit, sebab kandungan dia sangat lengkap dan sempurna. Allah yg ciptakan, mana sama dgn ciptaan manusia. Air masak pun tak perlu beri, selagi anak menyusu sepenuhnya tanpa makan bendasing lain selain susu ibu, sebab susu ibu mengandungi 80% air. TAK WUJUD perkataan susu ibu PANAS! Kalau susu formula mungkin ye, kandungan susu buatan ni tak balance. Memang kena sulam dgn air masak. Tapi kalau terlebih air masak pun tak boleh. So, macamana, susu ibu jugak yg TERBAIK! Kan.... :) ***

4. Tekanan ketika nak buat persediaan kumpul stok susu
  • ~Hasil susu perahan dapat sikit. Mummy risau susu tak cukup.Ini perkara NORMAL and biasa je tu. Mula2 memang dapat sikit. Lama2 kalau kita berlatih and kerap pam, hasil perahan akan meningkat sedikit demi sedikit.
Perasan tak, kalau kita menyusu anak, rasa macam banyak sangat susu, atau kalau kita tak perasan susu kita banyak, tapi mummy perasan tak, lepas nyusu baby lena tido. Tu tandanya susu mummy cukup, ok! Sebab tu, hasil perahan yg sikit sebenarnya, bukan hasil sebenar susu kita. Setiap mummy berbeza tahap penerimaan dia dgn pam atau kaedah memerah guna tangan. Cuba sesuaikan diri. Dan berlatih banyak kali.
  • Kalau ada manusia yg tegur, kenapa susu mummy sikit. Jawap jelah..."Biasalah ni, mula2. Lama2 nanti ok la..."(Kalau boleh, kalau ada manusia ini di tepi kalian ketika nak memerah susu. Bawa diri kat dalam bilik, kunci pintu, pam susu sorg2, relaks and tenangkan diri...Insyaallah lancar. Jangan dok bertahan telinga biarkan bunyik2 tak sedap tu, macam radio rosak dok bising2 tepi telinga kita. Kita tak de masa utk itu. Banyak lagi perkara yg nak difikirkan.)
Kalau dah cuba jugak, tapi susu malu2 keluar. Maknanya, confirm mummy tgh stress walaupun mummy tak perasan. Berhentikan aktiviti memerah. Baik tido je. Nanti, bila dah tenang, relakskan diri...pam semula...Insyaallah ok. Jangan paksa diri ketika hati tengah tak tenteram. Lagi memburukkan keadaan.

5. Kena paksa latih beri anak minum formula sebelum naik ofis 
  • Mummy perasan tak, kalau kita pertahankan anak kita untuk fully breastfeed biasanya org2 tua akan melenting, cakap kita budak baru belajar, diorang dah lebih dulu makan garam.Biasanya, org2 tua, memang takkan mahu mengalah kepada org muda. Lagipun, mereka memang tak salah. Mereka cuma pertahankan sesuatu perkara setakat yg mereka tahu selama mereka hidup.
Mummy jangan risau. Tak payah penat2 bertegang urat dgn mak/ mak mertua/ husband N lain2 yg tak support susu ibu ni.
  • Kalau boleh, cuba print artikel yg berdasarkan fakta berkaitan penyusuan susu ibu. Kelebihan susu ibu, bahaya air masak dan susu formula kepada bayi, and lain2. (Sebab, kadang2 kalau kita cakap, tak masuk telinga diorang pun). Kalau boleh suh diorang baca sendiri.
Kalau tak berjaya, cakap elok2 ngan mereka, "tak pe, beri saya peluang untuk mencuba dulu. Kalau berat baby tak naik, atau ada masalah lain, tengoklah macamana nanti..."
Insyaallah, jawapan ini, adalah sebagai "full stop" kepada bebelan mereka...hehe...

Akan update lagi selepas ini...Insya Allah... ^_^

December 28, 2013

TIDAK ADA IBU YANG TIADA SUSU :)


Salam semua..
Pernah dgr tak kata2 ni..Yea hot2 mummy sekelian. saya dpt tagline ni, dari Dr Zarin Ikmal. Nampaknya, susu ibu memg yang terbaik dan tiada tandingan. Dr Zarin sdiri ckp, walaupun byk susu rumusan atau susu formula khusus utk bayi diluar, tetapi komposisi kandungan yg terdapat dlm susu ibu masih tak boleh ditiru. Siapalah kita,nak menandingi apatah lagi meniru ciptaan Allah yg Maha Sempurna. Renung2kanlah....


Lagi pulak yg bestnya, bila dia cakap..sebenarnya, "tidak ada ibu yang tiada susu". Byk ibu yg salah faham and cepat give up, bila tgk, masa awal2 kelahiran bayi,susu tak byk..Bila pam keluar,hasil skit sangat. Pastu,byk ibu2 yg tiada lgsug ilmu ttg breastfeed ni,and ada plak yg lgsug tak nak amik tahu. Tu yg awal2 dgr pasal breastfeed tak minat. Siap time nak dkt due dah fikir2 nak bagi susu formula apa yg tarbaekkk!!! (kononnya).  Lagi plak, ada yg terlebih confident, ada ilmu skit..tapi tak nak dgr pgalaman dari ibu2 lain..? Tu yg bila ada sikit ujian je, dah nak mengalah..Sedihkan..:( 
Yg peliknya, manusia ni,lebih suka dgr perkara2 negatif dari ikut perkara yg positif..Gi tanya pendapat pada ibu2 yg gagal atau tak menyusu badan..Ada ke patut!Memangla akhirnya korang akan end up mcm diorg..Org, tanyala pd yg pakar breastfeeding..Pakar laktasi kan ramai..Sbg cth tanyala kat mom lil ones, and susuibu.com. Ni gi tanya ngn mak2 yg memg tak minat and takde ilmu pasal susu badan nih. Memang negatiffff.... jela memanjang jwpn diorg..lgla siap leh bg senarai susu formula yg byk kat pasaran tu. Siap ada wat kajian,mana yg leh buat baby kuat sembelit ngn kurang sembelit..and mcm2 lg.



So, kesimpulannya, ingat tagline nih, letak baik2 n simpan dalam minda korang bahawa"TIDAK ADA IBU YANG TIADA SUSU". Klu ada sedikit kesukaran yg berlaku semasa penyusuan,jgn mudah putus asa, bertanyalah pada yang pakar. Mula2 sukar..lama2 korang yg rasa bahagia giler and excited menyusu anak nanti..!Percayalah... :)


*p/s JANGAN BERTANYA PADA ORG YG TAKDE ILMU PASAL  BREASTFEED nih!!! Jauhkan diri korg dari kata2 yg bakal men 'down' kan semangat korang! Ingat nih :)


Semoga berjaya, wahai "hot mummy"2 sekalian..;)

December 27, 2013

PERSEDIAAN UNTUK IBU2 YG BAKAL MENYUSUKAN BAYI (FULLY BREASTFEED)

 Dari segi minda:-

  1. Ilmu breastfeed. Banyakkan membaca ilmu2 tentang breastfeeding ni.
  2. Set dalam minda bahawa setiap ibu yang MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH PASTI BOLEH MENYUSUKAN ANAKNYA.
  3. Bersiap-sedia dgn apa jua bentuk cabaran yg mendatang. Sbg contoh:-

-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
            - Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.

  1. Yakin bahawa susu kita cukup untuk anak kita.
  2. Tahu dan faham bahawa SUSU IBU ADALAH YG TERBAIK SERTA TIADA TANDINGAN. Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.

Dari segi alatan:-

  1. Buku “Panduan Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya”
  2. Botol susu (cadangan aku beli je botol yg 5oz, klu beli yg 2oz tu rugi je. Sebab nanti bila dah naik ofis, korang nak simpan susu yg diperah tu, takkan dalam botol kecik2 banyak2 tu, semakkan “cooler bag” korang je nanti. Pastu, nanti dah 4 bulan kadang2 ada setengah bayi dah minum 3oz sekali minum. )
  3. Plastik beg untuk simpan susu. Plastic Linear @ bottle storage pun boleh. Ikut keselesaan dan kemampuan masing2. Tapi, kalau fikir nak buat stok, tolongla jangan beli botol susu banyak2, nanti buat semak almari je. Bila jatuh bergelimpangan, bunyi botol tu, bisingnya lahai.
  4. Breastpump. Ini ikut keperluan, kalau tak mampu tak payah beli. Sebelum beli, test dulu semua breastpump yg ada ikut kesesuaian korang. Tapi, cadangan aku yg paling terbaik N simple ialah breastpump SPECTRA 3, sebab suction dia leh control ikut keselesaan kita. Ada setengah ibu suka breastpump manual. Sebab senang, dalam keta pun boleh pam. Oh, lagi satu pam manual boleh di mana2, walaupun ketika soket elektrik tiada.
  5. Cooler bag. Untuk simpan susu, supaya kekal sejuk N fresh sehingga selamat sampai ke rumah.
  6. Warmer. Untuk panaskan susu. Warmer ni, suhu dia maintain 40 darjah. So, susu kita memang suam je. Kalau tak mampu beli warmer ni,janganla sedih,masih ada cara lain lagi. Caranya, rendam je botol susu dalam air panas yg dimasukkan dalam mug.
  7. Deep Freezer. Kalau ada perancangan nak anak ramai N niat nak menyusukan setiap kali lepas melahirkan, bolehla mula kumpul duit sikit2 time tgh pregnant tu, supaya dapat beli sebuah deep freeze macam aku ni. Bila ada deep freezer ni, semangat lagi menjulang2 tinggi nak buat stok susu.

Teknik memerah @ mengepam:-

  1. Breastpump elektrik
  2. Manual breastpump
  3. Teknik marmet. (Memerah guna tangan)
-          Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu.  Syukur alhamdulillah, rupanya bila kita perah guna tangan, breast rasa lebih ringan N kita dapat rasa dia betul2 kosong, compare dgn pam guna breastpump. Susu pun lebih banyak sikit dari biasa. So, camanapun kena belajar juga teknik ni. Sebab pas pam guna breastpump, yg hujung2 baki susu tu (yg pekat & lemak manis), Biasa dapat dalam 1/2oz atau 1-2oz. Padahal kalau pam, dah kuar angin je tu..Tula, korg belajar k cara perah guna tangan ni.

K, sekian untuk kali ini. Sayang korang semua. Semoga berjaya!
Happy breastfeeding!!!....
Wassalam... J