December 31, 2013

P.E.R.H.A.T.I.A.N kpd moms to be, mummy2 yg sedang berpantang & ibu yang bekerja. Kata2 negatif peluntur semangat untuk breastfeeding !!!


Assalamualaikum dan selamat pagi semuaa..
Entri ni khas untuk bakal ibu2 (yg sedang pregnant), yg sedang berpantang serta yang bekerja. 
Ni antara peluntur semangat kita untuk BREASTFEED anak2 kita...
Jauhkannya!!!! :-

1. "Bukan semua ibu ada ada susu badan."
- Tak betul! Semua wanita dicipta mempunyai salur susu yg sama banyak dengan wanita2 lain. Malah ada yg  production susunya lebih dari keperluan baby. Kebanyakan baby2 yg tak naik sgt berat badan bukannya disebabkan si ibu tak cukup susu tetapi adalah disebabkan cara penyusuan yang salah. Sebab tu,ibu2 kena belajar teknik yg betul untuk menyusukan baby. Mintak tolong nurse ajar @ rakan2 yg breastfeed anak2 mereka.

2. "Biasalah tu kalau menyusukan anak kita rasa sakit kat breast."
- Tak betul! Kalau kita menyusukan dengan cara yg betul,biasanya tak menyakitkan. Kalau setakat rasa nyeri2 sikit kat perut tu disebabkan rahim kita sedang mengecut. Menyusu baby mempercepatkan rahim kita mengecut. Lagi pulak,kalau melecet kat nipple tu, jangan stop susukan baby..Caranya pas nyusu, picit keluar susu kita sikit, sapu sekeliling nipple,biar kering udara. Nak sapu nipple cream pun boleh jugak. Biasa dalam 2-3 hari akan sembuh. Tapi tetap nyusukan cam biasa. Takut nanti bengkak susu pulak. Kalau tak ok lebih 3 hari, cuba consult dgn doktor atau lebih baik jumpa pakar laktasi.

3. "Susu tak cukup lepas bersalin sampai hari keempat pun ada."
  •  Tak betul! Biasanya kalau cara baby hisap salah,macamana nak produce susu, sebab rangsangan tiada. Pastikan baby disusukan dengan cara yg betul. Lagi pulak, memang 1-3 hari pertama, breast kita hanya mengeluarkan kolostrum, sebab tu kena kerap beri baby hisap (on demand), supaya ada rangsangan n susu matang akan keluar cepat. So, jangan putus asa kata korang takde susu,pastu terus decide nak bagi susu formula!
  • Ada lagi,baby nampak macam tak puas nyusu,cuba tanya nurse dulu,suh diorg tgk,betul ke cara korang menyusukan baby? bukan pe,takut salah je cara latch on tu. Cuba dengar,masa baby hisap tu,ada dengar tak dia hisap, telan,hisap telan. Takpun,leh tengok pada leher dia. 
  • Ada lak,makcik2 yg banyak bunyik, cakap baby tu minum susu tak puas. Ni yg malas ni, ni yg wat korang terpengaruh nak bagi susu formula ni konon sebab kesian kat anak takut tak kenyang...Lagi kesian kalau tau,sebenarnya perut dia masa tu,kecik je, sebesar guli je baru, pastu,kita nak paksa minum susu formula..Ish..sampai hati korang...:(
  • Pastu,ada lak yg suh perah@pam nak tengok berapa banyak susu korang ada. Ini kesian betul org ni,betul2 tak faham ilmu breastfeeding..Maaf ye,hasil susu yg diperah atau dipam bukan hasil sebenar pengeluaran susu kita. Jangan silap eh..Breast kita unik.Subhanallah..Percayalah pada ciptaan Allah yg Maha Sempurna ini..! Harap korg dapat bolayan karenah2 makcik bz ini dengan penuh adab sopan dan tatasusila..(Dengar saja, ikut jangan).Okeh! :)
Kesimpulannya sebenarnya,susu yg kita ada pas bersalin tu,cukup utk mengenyangkan baby kita. Percayalah.. :)

Semoga entry ni bermanfaat untuk mom2 and mommy to be :)
salam Sayang,
AnakIbuShop..

No comments:

Post a Comment