January 28, 2014

READY STOCKKKKK ANAKIBUSHOP :)


Assalamualaikum dan salam sejahteraa..

FEBRUARY OFFERS OPENN NOW !
MEDELA HARMONY BreastPump dan AVENT MANUAL Breastpump  ready stock in Malaysia. Original full complete set in box.


RM 210 
INCLUDE POSTAGE 
for ONE BreastPump :)


NAK BERJIMAT?? NAK SAVE BUDJETT?? 
JANGAN RISAU...
ANAKIBUSHOP ADA SEDIAKAN PACKGAGE FOR FEBRUARY OFFERS ^_^ 
DUIT JIMAT, ANAK SIHAT !! 

Package Avent


Set ini terdapatnya :
  • 1 set Avent manual breastpump
  • 1 Autumnz cooler bag 
  • 1 boxes Autumnz ice pack (3pcs)
  • 2 boxes Autumnz Double ziplock Storage Bag
  • 1 boxes Autumnz breastmilk storage bottles (10 bottles)

Package Harmony


Set ini terdapatnya :
  • 1 SET Breastpump Harmony
  • 1 Autumnz-Cooler Bag 
  • 2 boxes Autumnz - Double ziplock Storage Bag
  • 1 boxes Autumnz Breastmilk storage Bottle (10 bottles)
  • 1 boxes Autumnz-ice pack (3pcs)

FEBRUARY OFERS (PACKAGES)
RM 300
INCLUDE POSTAGE 

BERMINATT?? JANGAN TUNGGU LAMA2 ^__^
SMS / WHATSAPP 0139486569 


January 23, 2014

Banyakkan susu: Tips mudahkan setiap perkara


stock susu banyaakkk

600oz stockk

Salam sayang kepada semua pembaca blog yang dikasihi... 
Moga dirahmati Allah SWT sentiasa walau di mana jua kalian berada...

Ok, pada kali ni, saya nak kongsikan tips untuk banyakkan susu. Caranya, salah satu ialah kita memudahkan setiap perkara yang berkaitan dengannya.

Lagi satu, tentang perkogsian nih,walaupun cam bercampur2 sikit tips tu, takpe. Ni namanya 'all in one'....hehe... Semua yang dikongsikan, ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui dulu (masa anak first N zero knowledge pasal 'breastfeeding' nih..)

Kebiasaannya, terutama mummy2 yang pertama kali 'involved' dengan 'breastfeeding' nih, mesti akan terasa sangat kerenyahan 'breastfeed' nih. Walhal sebenarnya tidak begitu. Bila banyak sangat protokol nak dijaga, memang renyahla...kalau yang dah mula terasa rimas tu, mulalah nak 'give up'.

Please jangan sesekali 'give up' ya my dear. Didoakan kalian semoga tabah n kuat selalu dalam menghadapi cabaran penyusuan ni. Kemanisannya menanti di masa hadapan nanti. Insyaallah...

Ok, tibalah masa ke perkongsian tips simple ni. Mana2 mummy yang dah tahu, shhh...dok diam2 je naaa.... Ni saya nak share pada yang masih belum tahu... Mudahan selepas ini, mereka akan lebih bersemangat nak 'breastfeed' anak... Amin...

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
7. Flexible kan waktu pam anda
8. Menyusu atau pam di mana sahaja
9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
11. Masa pam 5 minit pun dah cukup

Ok, yang di atas itu sahaja yang saya nak 'highlight' setakat nih. 
Penjelasannya di bawah ini ya.... Selamat membaca... :)

Tips mudah 'breastfeeding':
1. Susukan anak setiap kali tak perlu cuci 'nipple'
Masih ada lagi 'nurse' yang pesan n suruh kita cuci nipple setiap kali menyusu. Adoi..renyahla kalau gitu, kalau tengah nyusu kat tengah jalan, mana nak cari air nak cuci nipple tu.

Actually, susu ibu nih..Masya Allah...sangat sempurna.. Susu kita ni, dah ada antibakteria yang terkandung di dalamnya. Dari kita basuh nipple dengan air paip, baik kita cuci ngan air susu kita sendiri. Itupun, rasanya lepas tau pasal benda nih, tak pernah lak saya nak cuci nipple setiap kali nyusu. Pas nyusu, dahla...tutup jela..

Tapi, kalau rasa nak cuci gak...Caranya, picit keluar susu kita sikit, then ratakan di sekeliling nipple kita. Dah bersih lagi murni.. Pastu biarkan kering atau lap ngan kain bersih pun ok. Insyaallah... Tips ni juga, boleh digunakan untuk kalian bila nipple melecet. Dari kita guna cream macam2 tu, baik guna susu kita sahaja. Insyaallah cepat sembuh...

2. Menyusu boleh 'anytime' N banyak kali, ikut 'demand' anak
Ok, dulu2 masa anak first. Saya gap kan menyusu, 2-3 jam sekali. Sebab takut anak terlebih menyusu. Sebab susu memancut2 dengan banyaknya.. Sampai mencungap si anak nak minum.

Jumpa doktor, dia suh pam dulu sikit sebelum susu kan anak. Alahai..kalau kita tengah dalam kereta, mana lah pulak masa nak ngepamnya kan.. Lagipun, cam renyah je...Doktor nipun, kadang salah bagi ajaran.

So, itulah keperluan saya bawa napkin setiap kali ke mana. Time memancut tu (terutama time berpantang, susu banyak betul..), susu tu biarkan meleleh sikit kat napkin tu. Ala..kejap je pun.. Sebab time tu, tengah 'let down reflex' je.. Adala beberapa saat. Bila dah reda sikit, sambungla menyusu anak...

Pastu, kalau tadi dia dah nyusu, baby minta lagi, kalian jangan ingat dia nyusu tak kenyang pula. Sila ambil maklum bahawa susu ibu cepat N mudah dihadam. Baguslah tu. Maksudnya, usus dia sihat. Dia nak minum lagi, sebab nak bina daging kat badan dia. Bagi je. Tak perlu sekat2 permintaan dia. Dia tahu keperluan dia.

Kalau susu formula, minum lama sikit baby baru lapar, bukan bermakna dia kenyang ya. Sebab susu formula, memang mengambil sedikit masa untuk dihadam oleh baby.

3. Baju boleh pakai apa saja, tak semestinya baju menyusu
Pakai je baju apa pun. Takyahla disebabkan nyusu ni, kalian rasa susah. Tambah lak baju nyusu ni, agak mahal sikit.

Tips nak cover body kita ialah:
a) Pakai nursing bra (WAJIB). Lagipun untuk jaga breast kita dari jatuh. Yang bagus, beli buka dari atas. Supaya time nyusu, yang bawah tu still ada support.
b) Pakai 'tube' atau apa saja, 'girdle' ke...bengkung ke..untuk cover perut atau badan kita.
c) Standby napkin atau apa saja kain. Baby ni bukan leh caya.. Kadang2 tengah sedap nyusu, tangan dia pun meracau2 kang tau2 terselak je kang...
d) TERBAIK ialah tudung yang labuh... Insyaallah aurat kita terpelihara...

4. Nak buat stok susu, pam susu setiap kali lepas menyusu
Sebenarnya, production kilang susu kita ni berjalan dengan serentak kiri dan kanan. Lepas nyusu yang sebelah, pam terus yang sebelah lagi. Biar mula2 dapat sikit. Lama2 mesti meningkat. Sebab, bila ada demand akan ada supply.

Ada lak yang kata, lepas pam susu macam kurang. Nanti anak nak nyusu, susu tu tak banyak. Ok, selagi kalian berfikir gitu. Memang dia akan jadi begitu. Ingat ya, penyusuan susu ibu ni, sangat berkait rapat dengan minda dan keyakinan kita. (Lagipun, lagi kerap breast kosong, lagi banyak susu terhasil. Memang lepas nyusu, breast rasa cam kosong, tapi bila 'let down reflex' datang, susu tu tetiba akan memancut..akan mengalir dengan banyaknya..So, silalah kerapkan penyusuan atau waktu pam)

Kadang kita tak sengaja terlintas, sambil pegang2 breast, mentang tak bengkak, kata susu kurang. Maaf ya..Kalian sebenarnya silap. Sejak anak second n sampailah yang ketiga ni, breast saya tak pernah bengkak. Adalah patut saya merasakan susu saya kurang dari kalian?

Sebenarnya, membiarkan breast yang bengkak, adalah memberikan 'signal' kepada otak supaya berhentikan penghasilan susu atau kurangkan dia.

Sebab tu, walau bengkak camana pun, dia akan stop pada satu tahap. Kalau tak, mungkin breast kita leh meletup cam belon kot... Itulah kerja si protein FIL tu. (sila google kalau rajin). Membenarkan penghasilan FIL tu, ialah memberikan isyarat pada otak dan kilang supaya kurangkan penghasilan susu. So, berhati2 ya kawan...

5. Makan dan minum apa saja (asalkan yang berkhasiat)
Makanlah apa saja makanan yang berkhasiat dan sedap. Minumlah apa saja. Asalkan kalian suka. Ingat ya, yang berkhasiat saja. Yang tak berkhasiat tu boleh, tapi sila kurangkan.

Dah makan banyak tu, pam pun kenalah banyak kali. Barulah lemak tu pi kat si anak. Ni makan sedap, pastu nyusukan atau pam keluar susu tu kurang dari pemakanan, silap2 ibu yang sihat nanti...:)

6. Tak semestinya perlu makan supplemen tambah susu
Yang ni, lagi simple. 
Kalau makan supplemen, tapi waktu pam kalian skip atau tak sempat pam, sebenarnya lagi merbahaya. Silap2 susu makin kurang. Sebab mungkin kali pertama dia akan bengkak. N kalian tunggu time bengkak baru pam, sebab best tengok, sekali pam dapat banyak... Sebenarnya..tak yah tunggu bengkak. Jaga waktu pam tu je.. Yang penting total amaun kita nak bawak balik nanti, bukan sekali pam dapat berapa.

So, mesti WAJIB pam dan tak semestinya kena makan supplemen.

7. Flexible kan waktu pam anda
Waktu pam harus flexible. Contoh tadi terlepas pam sesi pertama jam 9 pagi. Anggapkan yang kalian pam waktu sekarang kul 11 pagi, ialah untuk sesi pertama tadi.

Means, sesi kedua, wajib pam jugak jam 12 tengahari (tak kisahla baru beberapa minit berselang), sebab itu ialah waktu sesi kedua. Supaya kita hantar signal kat otak, seolah2 begini..."by the time jam 12 tengahari, mesti sediakan 12 oz untuk aku.". Hah...gitulah lebih kurang...

8. Menyusu atau pam di mana sahaja
Mudahkan proses nak menyusu n pam.. Kalau takde power point untuk guna pam elektrik, perah guna tangan. Yang penting perlu maintain demand. Selagi kita maintain demand production susu kita, Insyaallah susu akan tetap maintain banyak atau akan jadi bertambah banyak. (Fahami konsep penyusuan, the more demand, the more will be the supply)

9. Tak perlu cuci peralatan pam dalam masa 24 jam diguna
Lepas pam je, terus masukkan dalam peti ais atau cooler bag, peralatan pam kita tadi (boleh digunapakai dalam masa 24 jam). Sebabnya, susu kita sendiri terkandung agen antibakteria di dalamnya. Bagaimanapun, wajib menjaga kebersihan semasa pengendalian pam susu dan yang sewaktu dengannya, bagi mengelakkan susu ibu yang berkhasiat ini, tercemar dengan kuman2 tak sepatutnya.

10. Mudahkan proses steril peralatan menyusu
Malam-malam tu, siap2lah cuci peralatan mengepam tadi (dan rendam air panas untuk matikan kuman). Kalau stail saya, siap session pertama tu, dah siap pasang corong pada botol susu, dan penutupnya masuk dalam plastik. Maksudnya, saya dah pasang siap2 corong pam tu pada botol susu, nanti sampai ofis, tinggal duduk kat pam, dan masukkan corong tu terus. Selalu fikir ke arah jimatkan (masa) proses nak start pam tu. Supaya, kita leh spend time mengepam dengan aman dan hati tenang. (Sebab tak pakai banyak masa..hehe..). Lagipun lebih mudahkan bila semua botol susu dah siap steril time kat ofis (tinggal pakai saja).

11. Masa pam 5 minit pun dah cukup
Sebenarnya, pam susu 5 minit pun dah cukup. Sejak anak ketiga, baru saya dapat nikmati sesi mengepam yang cepat dan praktikal ini. Sebabnya, dulu-dulu pun, saya pam sampai 10-15 minit baru berjaya dapat sebotol.*

Tapi, untuk yang ni perlukan latihan. Sebabnya, kita kena 'feel' betul2 time pam susu tu, N cuba 'track' saat ke berapa kalian punya 'let down reflex' tiba. Saya punya LDR datang ketika saat ke 28-37. (Barulah terasa, pam 'rumble tuff' ini sangat bermakna, sebab adadigital time kat display screen dia).

Yang buat botol susu cepat penuh tu, ialah bantuan MR LDR kita. So, kalau breast penuh camana pun, kalau LDR tak function, susu tak keluar sepenuhnya. Percaya tak, pada ketika saya dah pam tadi (contoh pam session pertama dah terlepas jam 9.00 pagi, saya baru start pam jam 10.45 pagi. Pada ketika jam 12.00 tengahari sudah tiba masa untuk sesi kedua. Jarak tu tak sampai 3 jam pun. Breast terasa masih kosong lagi. Saya pam juga, walau pada ketika tu tak banyak cam biasa, yang penting kita jaga demand tu, supaya demand susu tu tetap maintain).

*PENTING: Tak semestinya setiap kali pam perlu penuhkan sebotol. Amaun susu yang kita dapat tidak sekata. Adakalanya, sesi pertama dapat sikit (sebab pagi tadi baru lepas nyusu). Ada ketika tengahari lebih banyak, sebab baru lepas makan. Dan petang pula dapat biasa saja. Itu NORMAL. So, sila jaga waktu pam anda. Selagi mana anda menjaga waktu pam, Insyaallah susu takkan berkurang. Samaada ia maintain, atau makin banyak. (Tak perlu pun makan supplemen).

Tak guna makan supplemen andai waktu pam tidak dijaga. Sebab kalian harus ingat, konsep menyusu ini sangat mudah, JIKA ADA DEMAND = ADA SUPPLY. Itu sahaja.

Sekian,

Menyusu itu indah

Salam sayang,
kak zura






January 19, 2014

Panduan Membeli Breast Pump

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan selamat petang..


Apa keperluan breast pump?
Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke. 
Bagi ibu yang bekerja, selepas berpantang kalau nak berterusan memberi si anak  dengan susu ibu, memang perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri. 

Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump?
Jawapan saya mudah saja. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Terpulang kepada kerajinan masing-masing. Dan terpulang kepada berapa banyak masa lapang masing-masing. Yang paling jelas bila pakai breast pump elektronik, ialah masa mengepam  yang lebih singkat. Kita ni kan memanjang je nak cepat. kalo pengepam pada waktu pejabat, lagi la nak cepat-cepat. Kita tak perlukan usaha yang gigih untuk menggerakkan tangan pun semasa mengepam. Cuma biasanya breast pump electric ni lebih mahal. Biasa la kan.. Lagi kompleks, lagi mahal la.

Manakala breast pump manual pulak lebih murah. Tapi lebih versatile sebab boleh digunakan tanpa power supply, senang cakap kalau pergi hutan Amazon yang tak ada sumber elektrik pun kita masih boleh pump susu. Cuma masa mengepam lebih lama dan tangan lebih penat. Tapi apa ke jadah plak kita nak gi hutan Amazon kan? Itu je la beza yang ketara. Jadi sama ada nak beli yang manual atau elektrik... ikut suka korang.


Aksesori Tambahan Bagi Breast Pump
Sebelum membeli breast pump, kita tentu akan mempertimbangkan banyak aspek seperti; harga, fungsi, kelebihan, kekurangan, suction strength dan jenama yang dipercayai. Daripada apa yang saya dah siasat, harga setiap breast pump, biasanya takkan berbeza banyak di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau beza pun beberapa RM sahaja. Itu pun kalau kamu hanya bercadang nak membeli breast pump semata-mata. Tapi biasanya, kalau kita beli breast pump, kita juga perlukan peralatan-peralatan sokongan untuk membuat stock susu, atau untuk membantu penyusuan. Di antara peralatan-peralatan sampingan yang diperlukan untuk membuat stock susu [bagi ibu bekerja] ialah;

1.  Ice Pack - Yang ini penting untuk membawa susu jika tiada tempat menyejuk beku. Ice pack berfungsi untuk mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang lebih lama tanpa peti sejuk.

Lebih afdholll kalau beli yang reusable. Boleh le guna berulang kali sampai hancho ice pack itu.

2.  Storage Bags - Terdapat 2 jenis produk yang dipanggil storage bags. Pertama beg plastik kecil yang digunakan untuk mengisi susu yang telah di pump. Dan satu lagi ialah beg yang lebih besar untuk membawa stock susu [untuk travel].


Storage plastic bags.

Storage plastic bags. Sama fungsi dengan storage bottles. Cuma yang ini lebih menjimatkan ruang peti sejuk anda.
Ini pun storage bag jugak. Fungsinya untuk bawa stock susu dari satu tempat ke satu tempat lain. Contohnya dari ofis ke rumah. Dari rumah nak bawak balik kampung. So, nanti kat dalam bag ni la perlu letakkan ice pack tu. Supaya kekal sejuk. boleh rujuk STORAGE BAG SINI

3. Storage Bottles - Sama fungsinya dengan storage bags jenis beg plastik kecil. Untuk menyimpan susu yang telah di pump.

Storage bottles. Rupa dia lebih kurang macam botol susu biasa, cuma atasnya takde puting. Penutupnya penuh.
Yang di atas tu antara peralatan tambahan yang penting untuk buat stock susu. Peralatan lain bergantung la kepada keselesaan masing-masing.

Jenama

Kalau baca daripada banyak website dan testimoni, sepakat menyatakan bahawa jenama terbaik breast pump adalah Medela keluaran Switzerland. Terbaik daripada segi produk dan juga maintenance dan after sale service. Yang pasti harga pun mesti la 'terbaekkk' punya. Memang mahal la ni. Perbandingan daripada segi kadar sedutan yang lebih lembut dan paling menyerupai hisapan bayi. Kadar sedutan itu juga boleh laras [bagi mesin electric Swing dan FreeStyle]. Bunyi yang lebih perlahan berbanding jenama lain. Tapi still ada bunyi. Lebih ringan dan kecil berbanding jenama lain.


Ada juga manual. Namanya Medela Harmony.


Kat di persekitaran saya, ramai ibu-ibu susu menggunakan jenama Spectra. Mungkin sebab Spectra ni agak murah berbanding dengan Medela dan fungsi dia pun not bad la. Yang paling famous ialah Spectra 3. Spectra 3 ada kebolehan untuk buat double pumping. Bunyi dia agak kuat. Rupa paras dia 4 segi sebongkah je macam tak sty-lo sangat. Berat pun lebih daripada Medela Swing dan Freestyle. Tak boleh menggunakan bateri. Dan kuasa sedutannya lebih kuat cuma takleh laras kekuatan tu. Ada satu mode je la. 

Ini Spectra 3. Kan sebongkah je rupa dia.



Avent adalah keluaran daripada Philips made from England. Biasanya jenama Avent ni orang beli yang manual punya. 

Pembelian Yang Berbaloi
Ada banyak kedai online dan pusat menjual barangan keperluan bayi yang menjual breast pump.Semuanya menawarkan harga yang tidak jauh bezanya. Jadi, bagaimana ingin membuat pembelian yang benar-benar berbaloi? Macamana nak tau offer yang ditawarkan itu adalah yang terbaik? Breast pump mana yang terbaik untuk dibeli supaya tidak menyesal?

Lain orang lainlah kriteria yang membuatkan mereka puashati. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan paling utama adalah menilai dan membuat perbandingan beberapa jenama sebelum membuat keputusan untuk membeli breast pump. Tidak semestinya apa yang kawan-kawan kita pakai, sesuai dengan kita. Dan tidak semestinya apa yang orang lain tidak selesa pakai, tidak sesuai dengan kita. Faham maksud saya?Yang penting berani mencuba dan kena yakin la dengan pilihan yang kita buat tu. Jangan mula-mula kita nak beli kemre Sony, pastu sampai kedai tetiba je berubah fikiran beli Olympus. Memang menyesal tak sudah la. Eh.. eh.. ni citer pasal breast pump. Takde kaitan dengan kemre. 

Jika kamu dah pilih jenama breast pump tertentu untuk kamu beli, perkara kedua yang perlu kamu pertimbangkan ialah : apa yang didatangkan percuma bersama breast pump itu. Saya cadangkan supaya kamu mencari breast pump yang dijual secara package, tapi pastikan package tersebut berbaloi. Cemana nak tau berbaloi ke tak? Kamu kena calculate sendiri, harga setiap barang yang diberikan di dalam package tu dan compare jumlahnya jika kamu beli barang-barang itu secara berasingan. Kalau kamu perhatikan betul-betul, jenama yang menawarkan breast pump dengan harga mahal, telah disertakan sekali dengan package tertentu contohnya Medela FreeStyle dan Avent ISIS. Dalam tu disertakan sekali storage bottle, storage bags, bottle rack dan lain-lain.



Untuk ibu-ibu yang sedang mempertimbangkan pembelian breast pump, harap-harap panduan ini berguna untuk kamu. Dan untuk pembaca setia blog saya... Sorry kalau entry ni takde kena-mengena. Mungkin satu hari nanti kalau perlukan panduan, boleh rujuk sini okay?






January 18, 2014

Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi




Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
Maaflah sekian lame menyepi.....hari ni saya nak kongsikan tip dan panduan untuk mommies yang breastfeeding baby yang nk berpuasa ganti @ sunat...
Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan...

Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi
  • Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas mengepam.
  • pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
  • Rasa loya dan seakan nak muntah.
  • Rasa lemah dan sakit segala otot.
  • Aie kencing menjadi pekat dan berbau.
  • Rasa mengigil.
  • Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  • Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang bergerak.
  • Berlaku kontraksi.

Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi

1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Seeloknya bersahur 3biji kurma. Berbuka pun 3biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan.

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.

12- Banyakkan berzikir "Ya Wahab" dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

Inshaa Allah,,, berdoa semoga Allah memudhkan urusan BF kita..
thinks POSITIVE !!! semoga entry ni bermanfaat untuk mommies2 semua.. 

January 13, 2014

PRE-ORDER AUTUMNZ!!! READY STOCKK :)




Assalamualaikum dan selamat petang ^_^
Tgok tajuk pun dah eksaitedddd nak tgok ye. haaa, alkisahnya mcm ni..
tgh saya sibuk-sibuk menjahit PELIKAT PANTS cust order.. ade lah bunyik lori posmenn masuk depan umah..
berlari saya tadi bila nmpk abg posmen tu depan umah. tak sobar sobarrrr nak tgok stock untk mommies2 ni... 
lepas ni,, boleh lah pujuk encik "suami" tu beli barang untuk babyy kan? 
jadi, barang autumnz ape yang dh smpai ya??? mehhh kita tgok sama-sama :)




READY STOCK ANAKIBUSHOP :

JANUARY OFFER ^_^ 
MARI BERSHOPPING DI ANAKIBUSHOP !! 




EASY - Bottle Drying Rack

(White/Pink)

RM 29.00
NOT INCLUDE POSTAGE

(Yellow)

RM 29.00
NOT INCLUDE POSTAGE

The Drying Rack is an ideal tool for keeping baby feeding accessories secure and organised while drying. Equipped with long flexible pegs which are foldable, this drying rack can accommodate milk bottles, feeding accessories, breastpump parts, sippy cups & teething toys.
Features:
  • Space saving design keeps all of baby’s feeding accessories organised while drying
  • 8 large standing pegs can hold up to 8 bottles and/or cups of all shapes and sizes
  • 8 small standing pegs can hold teats, sippy cup lids, bottle rings, teething rings
  • Each standing peg is equipped with plastic tips to stabilise baby bottles/ cups and prevent scratching
  • Pegs can be folded downwards to enable easy storage
  • Front unique shelf holds breastpump parts, straws, valves, caps, pacifiers and other small items
  • Slanted design to enable excess water to drain into the front water collection slot
  • No assembly is required 
BERMINAT ?? 
BOLEH HUBUNGI 013 9486569 (WHATSAPP/SMS/WECHAT)
RUJUK SINI


EFFECT HAEMOGLOBIN RENDAH SEMASA HAMIL


Assalamualaikum dan salam sejahtera,,
Hari ni teringin pulak nk share tentang effect kurang HAEMOGLOBIN untuk mommies..
Ramai ibu-ibu sering menghadapi masalah tekanan darah rendah semasa tempoh kehamilan, padahal ketika ibu tidak hamil tekanan darah kebanyakkan pada aras yang normal dan stabil. kan?

Keperluan zat besi akan meningkat dengan ketara ketika hamil then jumlah darah dalam badan kita bertambah 50% dari biasa. Zat besi sangat penting untuk haemoglobin, protein dalm sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel-sel yang lain. Oleh itu zat besi tambahan sangatlah diprlukan untuk kesihatan ibu dan dan tumbesaran bayi dalam plasenta.

Bagaimana tekanan darah rendah boleh berlaku semasa hamil?


Kebanyakkan ibu hamil mengalami masalah anemia/tekanan darah rendah kerana kekurangan zat besi semasa trimester ke2 dan ke3.
Risiko anemia adalah lebih tinggi sekiranya ibu hamil mengalami masalah morning sickness yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap.
wanita yang hamil lebih dari seorang bayi. biasenya bila dapat baby kembar ni...
jarak kehamilan seterusnya adalah dekat. (tidak lama selepas bersalin, hamil semula) ,tpi dah rezeki Allah bgi ,,Alhamdulillah lah ^_^

Tanda-tanda kemungkinan anda mempunyai tekanan darah rendah:-

mommies mungkin cepat berasa letih, lemah dan pening
Kelihatan pucat terutama bahagian kuku, bawah kelopak mata dan bibir.
degupan jantung yang lebih pantas dan sesak nafas.
Sakit kepala, pening dan cepat marah.

Kesan Anemia Yang Teruk Terhadap Kehamilan Sekiranya Tiada Rawatan Awal:-

berisiko mengalami keguguran
kelahiran bayi pra-matang
kematian bayi dalam kandungan
jiwa ibu terancam
koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Rawatan:-

Jika ujian anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kekurangan zat besi, doktor akan menetapkan zat besi tambahan. Dos akan bergantung kepada keterukan anemia anda, kemungkinan anggaran di antara 60-120mg dalam usaha untuk menyerap seberapa banyak zat besi yang mungkin,

Adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi anda pada perut kosong. Boleh dimakan dengan minuman air kosong atau jus oren (vitamin C membantu penyerapan) 

Pencegahan Awal Anemia Semasa Kehamilan:-

Mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam,sayur hijau, kekacang,hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prune, kismis dan biji bijian.
Mengamalkan pemakanan ubat seperti yang telah dinasihatkan doktor
Dapatkan rawatan awal sekiranya anda mendapat simptom-simptom awal anemia
Menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mendapat rehat yang secukupnya.

mencegah lebih baikdaripada mengubati. semoga entry ni berguna untk mommies2..
segala yang baik datang dari Allah,
yang buruk datang dari diri kita sndri..
hakikatnya semuanya dtg dari Allah..
jum cegah cepat2!! sayang baby, sayang diri , apa tunggu lagi... :D

TIPS DAN PETUA ANAK DEMAM CAMPAK


Assalamualaikum dan selamat pagi,, 
blogwalking punya blogwalking...saya terjumpa la satu tips dan petua untk ank terkena demam campak ni..so,kita sama2 share untuk mommies2 ya :) 

Antara tips dan petua yang saya jumpa :

1- Daun semambu di alaskan atas tempat tidur. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik di atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu juga.

2- Gunakan oat. Oat tu dikisar. Lepas tu masukkan oat yang di kisar ( tak perlu terlalu lumat) masukkan dalam stokin atau uncang kain dan gosok-gosok pada badan untuk hilangkan miang badan. Boleh juga mandi oat yang tak perlu bilas dan tak perlu sabun. Just masukkan uncang oat dalam air dan biar dalam rendam 10-15minit dan mandikan baby. Ini kena pastikan anak kita tak alah pada oat ye..

4- Minum dan mandi air kelapa muda yang fresh!

5- Kalau boleh elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada pesakit demam campak. Sebab di khuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin menjadi-jadi.

6- Jangan biarkan anak berpeluh. Duduk dalam air-cond ataupun dalam cuaca nyaman adalah sebaiknya.

7- Ada juga yang tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh mengelakkan miang gatal dan juga elak parut.
     
8- Jangan bagi anak kita yang kena campak makanan bergoreng. Sepanjang anak sakit , mommies boleh bagi makan sup rebus-rebus je. tak tumis-tumis pun. Risau parut kekal pada muka, badan anak nanti.

9- Irritable Skin Balm from moogoo. Nama cream tu Irritable Skin Balm dan brand dia moogoo. Ada jual di farmasi. Ini sangat bagus kalau kulit anak terlalu sensitif. Banyak testimoni menarik tentang cream ini. Orang cakap kalau letak callamine yang warna putih tu..kulit akan kering dan baby akan nangis tahan pedih. 

Ini adalah antara tips serta petua yang akak jumpa. 
Kalau ada tips-tips serta petua yang lain, boleh kongsi di ruangan komen. Jasa anda di hargai dan ramai dapat berkongsi tips serta petua anda ^_^