February 13, 2014

Cara prepare stok susu ibu @ EBM ketika time "emergency"!

Salam,
Wah lama giler tak update blog. Ok, entri kali ni, saya nak tekankan pada ibu2 yg dah ter 'naik ofis, tp stok susu dia ckup2 makan, atau bak kata pepatah, kais pagi makan pagi...kais petang makan petang...

Maknanya, time dah naik ofis, baru sibuk nak perah susu, selama dok berpantang langsung tak buat stok..Kalau ada pun, alahai..adala 2-3 botol..cukupla utk back up, time tak de ngan baby dalam 1/2 hari...Kononnya, takpela..susu aku banyak...no problem punyer nanti...(especially ibu2 yg beranak sulung nih..lum ada pengalaman handle stok susu ibu bila dah naik ofis...pengalaman2..hihi)

Ok, pada sape2 yg dah naik ofis, tp stok susu tak de,jangan risau..jgn tergopoh-gapah terus nak bagi susu formula..ada masa lagi...Caranya gini:-

1. Persediaan nak naik ofis, seminggu sebelum..

-Kosongkan rak paling atas sekali untuk fridge yang kat bahagian bawah (bukan tempat beku). Kalau boleh jangan letak susu dekat pintu fridge, sebab kita banyak kali buka tutup pintu tu. So, udara sejuk peti ais tak maintain. Bukak je, kuar semua hawa sejuk tu. So, tmpt yg paling terbaik ialah rak yg paling atas sekali dan kat bhgn dalam tu. Rasionalnya saya suruh kosongkan rak atas tu, sebab kalau boleh janganlah letak susu tu, bercampur ngan makanan yg berbau. Nanti bau tu lekat kat susu kita. Cuba letak bawang ke, lauk rebung lebih2 masak semalam tu ke, letak sebelah susu perah korang. Tak caya korang cuba cium. Tak best kan..Bau tak fresh. Kalau fridge tu kecik, korang nak guna gak space yg atas tu, bubuhla, apa2 barang yg tak meninggalkan bau. Macam, susu pekat ke, lauk2 lebih semalam tapi balut dengan plastik wrapping ke..camtu boleh gak..Asalkan semua benda yg korang nak letak sebelah susu dah tutup rapat2 n tak berbau, boleh je...

-k, next..contohnya, isnin depan korang naik ofis. Kalau leh, seminggu sebelum tu pun dah leh buat stok.Sbg contoh,kita amik yg paling minimum punya hasil. Supaya nanti takde yg patah semangat. Semua tu perkara biasa. Biasanya ada yg leh dpt lebih, ada yg kurang. Kan stiap org lain2 hasilnya. Yg penting korang kena ingat, bukan hasil susu tu yg korang nak sibuk bersaing siapa paling banyak. Sebab stiap susu, insyaallah cukup untuk anak masing2. Yang kita patut bersaing ialah, siapa yg paling lama menyusukan anak. Tu baru betul ok.! :)

Katalah kalau sekali pam dapat 1oz sebelah breast. Campur 2-2 tu adala 2oz. Untuk botol yg sukatannya 5oz. Mungkin boleh dapat dalam 2 botol sehari . . (10 oz), kalau 5 kali pam. Kalau 7 hari dah ada 70 oz.
Korang taukan, susu perah tu leh dicampur dalam masa 24 jam. Sebab tu aku kata, kena kosongkan rak tu dulu. Sebab yg ni, korang kena guna space banyak nak letak botol susu. PASTIKAN KEDUA2 SUSU TU SAMA SEJUK BARU BOLEH DISATUKAN. Tak pe, letak je susu 2oz tadi dalam peti. Pastu pas 2 jam perah lagi, dapat 2oz, simpan sebelah botol tadi dulu. Nanti perah yg kali ke 3 dpt 2oz, letak lagi sebelah botol tadi. Begitulah seterusnya..Kalau agak2 yg 2-2 botol sebelum tu dah sama sejuk, dah boleh campur dah. Tapi, kalau tak sure tunggu sikit jam lagi. Yelah, kalau tak, banyak pulak botol nak pakai nanti.

Ok, untuk pengetahuan korang, atau kalau korang perasan (bg ibu yg 1st time, biasa tak tahu lagi..), kalau korang cuti bersalin 2 bulan (60 hari) atau 3 bulan (90 hari), bayi masih minum 2oz sekali minum. Dan biasanya masih minum setiap 2 jam atau 3 jam. Jadi, kalau boleh, simpan susu 2oz je dulu setiap botol. Nanti, kalau permintaan bayi dah meningkat, minta kerjasama dari baby sitter(pengasuh) supaya beritau kita, nak kena packing setiap botol 2oz ke@ 2.5oz ke atau 3 oz ke...OK! Kita manelah tahu, sebab balik rumah bg direct je kan..

2. Yang nak naik ofis, ada back up malam tadi perah. Dapatla sebotol 4oz atau 5 oz. (contoh je ni..)

Nampaknya kes yg ni, korang kena balik hantar susu atau nyusukan anak tengahari. Yg ni agak penat sikit. (Tula..sape suruh tak buat stok awal2...Tp, takpe, masih ada masa lg..Jangan patah semangat..Masih boleh buat stok lagi, walaupun dah naik ofis.)

Yg ni, korang memg wajib perah susu kat ofis. Kalau sempat sebelum gi kerja nak pam sikit pun boleh. Tapi, takut kang kelam kabut lambat sampai ofis, takpela, perah je kat ofis pun boleh..

Ada org bhgikan setiap 2 jam pam susu. Kalau korang banyak masa bolehla buat gitu. Tapi, biasanya nyusukan anak dulu sblum prgi kerja. Supaya kalau terlambat pam kat ofis, takdelah effect breast bengkak. Pastu, set masa untuk memerah susu:-

Sesi pertama: jam 9 pagi
Sesi kedua: jam 12 tghari
Sesi ketiga: jam 3 ptg 
Sesi keempat: jam 6 ptg (boleh awalkan sikit jam 5 ptg)

mesti pam susu. Supaya production susu kita maintain.Ingat ye, bengkak tak bengkak, perah je ikut masa korang.  Senang amik yg genap je 9,12,3,6. Senang kan. Pastu, jangan amalkan sikap bertangguh, kita tak tahu, apa yg akan terjadi pada setiap minit. So, jaga masa pumping korang ok! :) hehe...

3. Stok langsung tiada.
-Dahla hari 1st nak naik ofis, stok takde pulak...Jangan kasi susu formula dulu. Sebelum bertolak ke ofis, perah sikit. Bagi kat pengasuh. (2oz tu cukupla smpi tgahri kot..sebab sblum gi kerja dah nyusu tadi..)

Sampai ofis, breakfast sikit. Pastu, pam je susu. (Tak yah tunggu bengkak2 der..Perah je..Banyak ke sikit, setiap titis susu tu berharga. Dah perah, nanti susu produce lagi..Takkan habisnyer..) Tgahri korang terpaksa balik jap. Bagi susu yg ada sikit tu (yg dah pam tadi) , kat pengasuh, untuk backup sampai 3 ptg ke..Time balik tgahri tu, jgn bg susu yg pam tadi. Tu utk back up sampai 3 ptg lbh kurg. Korang bagi direct je, tengahari tu..

Balik ofis, pam lagi..Kul 3 ptg lebih kurg, korg kena hantar stok susu pam tadi tu. Takut baby dah haus nak susu.

Kalau nasib korg baik, korg pam tadi dapat banyak, dalam 4oz, boleh backup sampai korg balik kerja.. Tak pyh balik umah htr susu kul 3 ptg.

Hah..penat tak tengok gelagat ibu yg ke 3 ni...Penat giler kan..So, iktibar nyer, mesti buat stok time pantangkalau korg betul2 niat nak fully breastfeed...Mesti buat..Wajib. Insyaallah, korang akan senang d kemudian hari..

***p/s: Kalau susu kurang lancar masa balik tghari tu, minum air masak banyak2 sebelum menyusu dan selepas, untuk melancarkan pengeluaran susu tadi tu. Pastu, kena happy2 je, memang penat and stress, tp puas hati tgk anak menyusu. Senyum je, tataplah wajah anak tu semasa dia menyusu, insyaallah...laju susu kita keluar..Sebab perasaan keibuan yg tinggi merangsang hormon prolaktin utk produce susu..

Entri ni, khas untuk ibu2 yg dah terlanjur tak prepare stok EBM time pantang...Mana2 yg masih berpantang and tgh dok umah goyang kaki tu..Sila2 lah buat stok sebanyak yg mungkin...Kita tak tahu halangan yg mendatang..Mana tahu kita sakit ke, kita terpaksa berpisah dgn anak sementara atas tuntutan kerja ke...dan sbgainya..So, pam lah selagi ada masa terluang...

Ok, sekian untuk kali ini..Happy breastfeeding to all my frens... :)

2 comments:

  1. Replies
    1. semoga memberi manfaat untuk semua ^_^ lama x blogging

      Delete