January 9, 2014

BAYI DALAM KEDUDUKAN MENYONGSANG?


Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Pagi2 ni ibu terintas nak cari info tentang baby kedudukan menyongsang dalam rahim ibu untuk tambah skit ilmu2 new mommies and daddiesss (bapak pun kne amik tau)... InsyaAllah..semuanya akan ok nanti. 

Ada beberapa info yang ibu jumpa. Antara yang paling menarik..senaman untuk baby menyongsang :)
Meh tengok kat bawah ni...


Info pertama:


Sujud macam dalam solat dalam 5minit. Kemudian rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby. Baring selama 20-30minit. Kalau badan baby disebelah kanan,rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya. Ibu blogwalking dan terjumpa info ni..

Info ke-2:
Sehari akan solat 5waktu. Jadi,solat pun salah satu cara nak betulkan kedudukan baby. Bila perut makin besar, rasa tak mampu nak solat berdiri apalagi nak sujud kan??. Tapi,mommies sume kena usaha jugak sujud sehabis mampu. yakin bolehh!! bgtau kat baby,, " mama akn usaha yang terbaik untuk baby mama tau" ..haa.. Sujud lama sikit. InsyaAllah.. :) 

Info ke-3:
Letakkan pek ais pada bahagian atas perut. Tujuannya,supaya baby rasa tak selesa. Kan rasa sejuk je kalau letak ais tu pada kepala baby dan baby akan mengubah kedudukan serta berpusing ke kedudukan yang betul.

Info ke-4:
Suluhkan touch light pada bahagian bawah pusat atau pada bahagian uri. Jadi baby akan berpusing kearah adanya cahaya.

Info ke-5:
Buat badan seperti dalam keadaan merangkak. Tapi tak perlu merangkak pun. Kekalkan posisi badan dalam keadaan merangkak dalam 5saat.

Info ke-6:
Rajin berbual dengan baby. Minta baby berpusing ke kedudukan yang betul.

Info ke-7: 
Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah...

Apapun,pada ibu..asalkan baby dan kita selamat,syukur Alhamdulillah..jika Allah takdirkan kita melahirkan baby secara operation dan bukan normal,kita perlu redha. Doa semoga segalanya baik-baik sahaja. AMIN.. ^_^

SALAH SATU RAWATAN UNTUK MOMMIES ..

  • ECV(External Cephalic Version)
Ibu rasa istilah zaman dulu ialah “pusingan bayi dari songsang menjadi kepala dibawah”. Prosedur telah lama di praktikkan oleh bidan-budan kampung zaman dulu dan masih kekal dizaman moden ni. Bezanya ianya bukan lagi dilakukan oleh mak2 bidan dah...tapi oleh doctor terlatih dibawah pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan! Ibu akan terangkan kenapa.

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang. kalau lewat,,,susah dilakukan sebab air ketuban tu dah berkurang.
Ape yang ibu dapat kat cni... yang penting,, jika berlaku komplikasi semasa ECV yang memerlukan bayi dilahirkan secara caesarean, jdi 36 minggu keatas dah tak jadi masalah tentang kematangan mereka. Sebab tu ECV mesti dilakukan oleh yang telah terlatih,(doktor lah ) atau dihospital yang ada dewan bedah dan pemantauan bayi dengan CTG. 

Kejayaannya adalah 50% dan dengan ini kita boleh mengurangkan setengah dari risiko caesarean. Kira-kira 3 % akan pusing balik menjadi songsang.Inshaa Allah, dengan izin Allah...jangan putus berdoa.. semoga semuanya dipermudahkan... 

TAPI !! Tak semua mommie yang mempunyai kandungan songsang bolih melakukan ECV,, antaranya...
  • Kes-kes yang memang sudah plan nak caesarean
  • Perdarahan antepartum
  • Anak yang terbantut pembesarannya/IUGR
  • Kekurangan air ketuban
  • Isoimmunasasi Resus
  • Pre-eclampsia
  • Pernah di Caeserean






No comments:

Post a Comment