February 17, 2014

Betul Ke Nak BREASTFEEDING (BF) Anak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_^
hari ni saya nk ber"blog" tentang fully BF ank.. saya buat banyak pembacaan dan research tentang breastfeeding (bf). Dengan hasil pembacaan tu, saya nyatakan sedikit sbnyak info tentang menyusukan anak sepenuhnya (exclusive breastfeeding)...
teruskan membacaa ^_^

1)  Bf is a tough job di mana, apabila anak lapar nak susu, hanya mommy seorang yang boleh bf anak. Only us. Kalau minum susu botol, si suami boleh tolong buat susu dan susukan anak, tapi bila fully bf, hanya mommy yang boleh buat kerja tu. Dan tak kira dalam keadaan macamana sekalipun, mommy tetap kena bagi anak susu (bf) bila baby lapar.


2) Sesetgh mommy ibu bekerja. Ada masanya balik lambat ke rumah. Kalau anak nak susu, macamana? Bila balik kerja dalam keadaan letih dan anak nak susu, mommy tetap kena bangun nak susukan anak. No excuse walau letih macamana sekalipun.


3) Bf mom cepat lapar dan makan banyak. Nak maintain slim, taknak gemuk, taknak buncit. Tapi katanya bila ibu tu menyusu, lepas menyusu gerenti akan lapar, pastu akan makan banyak sebab apa yang ibu makan, itu jugak yang pergi kat anak. Kalau saya nak slim, benda ni akan jadi penghalang untuk saya.


4) Anak dihantar ke babysitter. So macamana nak buat kalau anak tu minum susu badan sahaja?

So, itu cabaran breastfeed... Betul ke saya nak bf anak? Betul ke saya tak kisah jadi gemuk? Betul ke apa yang saya nak buat ni?

so kalau btul2 nak BF ank....mommys semua kne NEKAD...

Nekad.

katakan pada diri...

1) Saya bersedia untuk bangun malam untuk bf anak. Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, yang mana hanya saya yang boleh menyusukan anak. Saya bersedia untuk bf anak apabila anak lapar dan memerlukan saya.


2) Saya bersedia untuk bf anak walau dalam keadaan saya letih macamana sekalipun. Mungkin pada mulanya akan jadi sedikit sukar dan saya juga perlu masa untuk menyesuaikan diri, tapi saya yakin saya boleh melaluinya.!!! 


3) Bab gemuk dan buncit ni memang kritikal pada saya. Kalaupun saya gemuk dan buncit nanti, saya akan cari jalan penyelesaian untuk kembali ke berat badan yang ideal.


4) Melalui pembacaan saya, susu ibu perahan boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh dihantar ke babysitter. Ada caranya.

semuanya bermula dari azam yang teguh dari kita sndri untk breastfeed ank...
teruskan usaha!!!

February 13, 2014

Cara prepare stok susu ibu @ EBM ketika time "emergency"!

Salam,
Wah lama giler tak update blog. Ok, entri kali ni, saya nak tekankan pada ibu2 yg dah ter 'naik ofis, tp stok susu dia ckup2 makan, atau bak kata pepatah, kais pagi makan pagi...kais petang makan petang...

Maknanya, time dah naik ofis, baru sibuk nak perah susu, selama dok berpantang langsung tak buat stok..Kalau ada pun, alahai..adala 2-3 botol..cukupla utk back up, time tak de ngan baby dalam 1/2 hari...Kononnya, takpela..susu aku banyak...no problem punyer nanti...(especially ibu2 yg beranak sulung nih..lum ada pengalaman handle stok susu ibu bila dah naik ofis...pengalaman2..hihi)

Ok, pada sape2 yg dah naik ofis, tp stok susu tak de,jangan risau..jgn tergopoh-gapah terus nak bagi susu formula..ada masa lagi...Caranya gini:-

1. Persediaan nak naik ofis, seminggu sebelum..

-Kosongkan rak paling atas sekali untuk fridge yang kat bahagian bawah (bukan tempat beku). Kalau boleh jangan letak susu dekat pintu fridge, sebab kita banyak kali buka tutup pintu tu. So, udara sejuk peti ais tak maintain. Bukak je, kuar semua hawa sejuk tu. So, tmpt yg paling terbaik ialah rak yg paling atas sekali dan kat bhgn dalam tu. Rasionalnya saya suruh kosongkan rak atas tu, sebab kalau boleh janganlah letak susu tu, bercampur ngan makanan yg berbau. Nanti bau tu lekat kat susu kita. Cuba letak bawang ke, lauk rebung lebih2 masak semalam tu ke, letak sebelah susu perah korang. Tak caya korang cuba cium. Tak best kan..Bau tak fresh. Kalau fridge tu kecik, korang nak guna gak space yg atas tu, bubuhla, apa2 barang yg tak meninggalkan bau. Macam, susu pekat ke, lauk2 lebih semalam tapi balut dengan plastik wrapping ke..camtu boleh gak..Asalkan semua benda yg korang nak letak sebelah susu dah tutup rapat2 n tak berbau, boleh je...

-k, next..contohnya, isnin depan korang naik ofis. Kalau leh, seminggu sebelum tu pun dah leh buat stok.Sbg contoh,kita amik yg paling minimum punya hasil. Supaya nanti takde yg patah semangat. Semua tu perkara biasa. Biasanya ada yg leh dpt lebih, ada yg kurang. Kan stiap org lain2 hasilnya. Yg penting korang kena ingat, bukan hasil susu tu yg korang nak sibuk bersaing siapa paling banyak. Sebab stiap susu, insyaallah cukup untuk anak masing2. Yang kita patut bersaing ialah, siapa yg paling lama menyusukan anak. Tu baru betul ok.! :)

Katalah kalau sekali pam dapat 1oz sebelah breast. Campur 2-2 tu adala 2oz. Untuk botol yg sukatannya 5oz. Mungkin boleh dapat dalam 2 botol sehari . . (10 oz), kalau 5 kali pam. Kalau 7 hari dah ada 70 oz.
Korang taukan, susu perah tu leh dicampur dalam masa 24 jam. Sebab tu aku kata, kena kosongkan rak tu dulu. Sebab yg ni, korang kena guna space banyak nak letak botol susu. PASTIKAN KEDUA2 SUSU TU SAMA SEJUK BARU BOLEH DISATUKAN. Tak pe, letak je susu 2oz tadi dalam peti. Pastu pas 2 jam perah lagi, dapat 2oz, simpan sebelah botol tadi dulu. Nanti perah yg kali ke 3 dpt 2oz, letak lagi sebelah botol tadi. Begitulah seterusnya..Kalau agak2 yg 2-2 botol sebelum tu dah sama sejuk, dah boleh campur dah. Tapi, kalau tak sure tunggu sikit jam lagi. Yelah, kalau tak, banyak pulak botol nak pakai nanti.

Ok, untuk pengetahuan korang, atau kalau korang perasan (bg ibu yg 1st time, biasa tak tahu lagi..), kalau korang cuti bersalin 2 bulan (60 hari) atau 3 bulan (90 hari), bayi masih minum 2oz sekali minum. Dan biasanya masih minum setiap 2 jam atau 3 jam. Jadi, kalau boleh, simpan susu 2oz je dulu setiap botol. Nanti, kalau permintaan bayi dah meningkat, minta kerjasama dari baby sitter(pengasuh) supaya beritau kita, nak kena packing setiap botol 2oz ke@ 2.5oz ke atau 3 oz ke...OK! Kita manelah tahu, sebab balik rumah bg direct je kan..

2. Yang nak naik ofis, ada back up malam tadi perah. Dapatla sebotol 4oz atau 5 oz. (contoh je ni..)

Nampaknya kes yg ni, korang kena balik hantar susu atau nyusukan anak tengahari. Yg ni agak penat sikit. (Tula..sape suruh tak buat stok awal2...Tp, takpe, masih ada masa lg..Jangan patah semangat..Masih boleh buat stok lagi, walaupun dah naik ofis.)

Yg ni, korang memg wajib perah susu kat ofis. Kalau sempat sebelum gi kerja nak pam sikit pun boleh. Tapi, takut kang kelam kabut lambat sampai ofis, takpela, perah je kat ofis pun boleh..

Ada org bhgikan setiap 2 jam pam susu. Kalau korang banyak masa bolehla buat gitu. Tapi, biasanya nyusukan anak dulu sblum prgi kerja. Supaya kalau terlambat pam kat ofis, takdelah effect breast bengkak. Pastu, set masa untuk memerah susu:-

Sesi pertama: jam 9 pagi
Sesi kedua: jam 12 tghari
Sesi ketiga: jam 3 ptg 
Sesi keempat: jam 6 ptg (boleh awalkan sikit jam 5 ptg)

mesti pam susu. Supaya production susu kita maintain.Ingat ye, bengkak tak bengkak, perah je ikut masa korang.  Senang amik yg genap je 9,12,3,6. Senang kan. Pastu, jangan amalkan sikap bertangguh, kita tak tahu, apa yg akan terjadi pada setiap minit. So, jaga masa pumping korang ok! :) hehe...

3. Stok langsung tiada.
-Dahla hari 1st nak naik ofis, stok takde pulak...Jangan kasi susu formula dulu. Sebelum bertolak ke ofis, perah sikit. Bagi kat pengasuh. (2oz tu cukupla smpi tgahri kot..sebab sblum gi kerja dah nyusu tadi..)

Sampai ofis, breakfast sikit. Pastu, pam je susu. (Tak yah tunggu bengkak2 der..Perah je..Banyak ke sikit, setiap titis susu tu berharga. Dah perah, nanti susu produce lagi..Takkan habisnyer..) Tgahri korang terpaksa balik jap. Bagi susu yg ada sikit tu (yg dah pam tadi) , kat pengasuh, untuk backup sampai 3 ptg ke..Time balik tgahri tu, jgn bg susu yg pam tadi. Tu utk back up sampai 3 ptg lbh kurg. Korang bagi direct je, tengahari tu..

Balik ofis, pam lagi..Kul 3 ptg lebih kurg, korg kena hantar stok susu pam tadi tu. Takut baby dah haus nak susu.

Kalau nasib korg baik, korg pam tadi dapat banyak, dalam 4oz, boleh backup sampai korg balik kerja.. Tak pyh balik umah htr susu kul 3 ptg.

Hah..penat tak tengok gelagat ibu yg ke 3 ni...Penat giler kan..So, iktibar nyer, mesti buat stok time pantangkalau korg betul2 niat nak fully breastfeed...Mesti buat..Wajib. Insyaallah, korang akan senang d kemudian hari..

***p/s: Kalau susu kurang lancar masa balik tghari tu, minum air masak banyak2 sebelum menyusu dan selepas, untuk melancarkan pengeluaran susu tadi tu. Pastu, kena happy2 je, memang penat and stress, tp puas hati tgk anak menyusu. Senyum je, tataplah wajah anak tu semasa dia menyusu, insyaallah...laju susu kita keluar..Sebab perasaan keibuan yg tinggi merangsang hormon prolaktin utk produce susu..

Entri ni, khas untuk ibu2 yg dah terlanjur tak prepare stok EBM time pantang...Mana2 yg masih berpantang and tgh dok umah goyang kaki tu..Sila2 lah buat stok sebanyak yg mungkin...Kita tak tahu halangan yg mendatang..Mana tahu kita sakit ke, kita terpaksa berpisah dgn anak sementara atas tuntutan kerja ke...dan sbgainya..So, pam lah selagi ada masa terluang...

Ok, sekian untuk kali ini..Happy breastfeeding to all my frens... :)

February 10, 2014

Susu ibu yang bengkak BASI, harus dibuang dan tak boleh beri pada baby....!!! Betul ke?

Salam, hari ni nak share citer hasil dari blogwalking :) 

Susu ibu yang bengkak BASI, harus dibuang dan tak boleh beri pada baby....!!!

Pernah dengar tak statement ni?..saya tiba2 teringat kisah ni, sebab ada sorang mummy pagi tadi, citer pasal isu ni lah. Breast dia bengkak, dia perah, buang semuanya, sebab ada orang tua2 pesan kat dia, susu tu dah basi and tak boleh beri pada baby. 

Jum kita bacaa...

Citernya bermula gini, time aku berpantang, aku berurut. N makcik urut tu, nampak breast aku bengkak, terus pesan kat aku supaya perah N buang susu tu. Sebab susu tu dah basi katanya. Kalau beri pada anak, nanti kembung N sakit perut jadinya. Sedih aku, dekat 2 botol aku perah, aku terus buang kat sinki. Padahal, anak aku, dah melalak2 nak menyusu. Tapi, takut basi N anak sakit perut, aku buang dulu. Pastu, aku minum air suam segelas, baru nyusukan baby. Sayang giler...banyak susu aku terbuang. Setiap kali bengkak, aku kosongkan, buang terus. Tapi, lama2 aku jadi sangsi juga, so aku siasat, tanya pada mak(mertua), dia jawab, "mana boleh susu dalam badan ni, basi nak." Aku fikir, betul juga, kalau semua dalam badan ni boleh basi, apa citer? Hari2 kena tukar darah, buang darah lama, tukar darah baru.

Pastu, time aku ada check up kat klinik, aku pun tanya pada nurse. Nurse tu pun, gelakkan aku. Dia kata, siapa la, bagi ajaran yg salah ni. Hai...rugi je...Tapi, bila fikir hikmahnya, bila kita dah faham, so kita ada satu ilmu baru. Betul tak?

Pastu, PASAL SUSU KOLOSTRUM pun, (susu yg 3 hari pertama selepas melahirkan, yg berwarna kuning keemasan), ada kawan pesan suh perah dan buang. Sebab, tu susu basi katanya. Dah ada dalam breast, time kita mengandung. So, buang susu kuning tu, pastu, bila susu dah putih, baru beri pada anak. Oh..syukurlah, aku tidak sebodoh itu, untuk senang2 je membuang susu kolostrum yg bernilai emas itu. Susu tu, mengandungi antibodi penting untuk anak. Siapa2 yg dah buang tu. Ruginya...tapi takpe, kita belajar dari kesilapan. So, pengajarannya, jangan mendengar dari satu mulut sahaja, cari fakta dan maklumat yg tepat, kemudian baru buat keputusan. Ok!!!...

Kesimpulannya, fakta yg tepat ialah, TIADA ISTILAH SUSU BASI dalam badan ibu. 
Selamat menyusu...:)

Wassalam

February 9, 2014

Tips mudah tambah susu ibu


Salam sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi... 
Moga kalian sentiasa dirahmati Allah s.w.t walau di mana jua anda berada... :)

Ok, kali ni saya nak share benda yang simple saja. 
Camana cara mudah nak tambahkan susu ibu nih atau maintain production susu kita...

Tips tambah susu ibu:
1. Kerapkan penyusuan 'direct feeding'.
Sebab yang ni rangsangan yang paling terbaik sekali untuk breast kita. Biar anak menyusu sekerap 1 jam sekali pun takpe. Susu kita takkan pernah habis...malah semakin banyak permintaan, semakin banyak pula pengeluarannya.

2. Pastikan breast kosong sepenuhnya.
Kalau tak sure ( kot risau masih berbaki lagi) lepas nyusu baby, luangkan masa untuk pam pulak pun bagus. Pastu kalau pandai, perah sikit guna tangan saki baki lemak susu yang tertinggal tu. Biasa walau dah pam pun, kadang2 lemak susu yang hujung2 tu ada lagi saki baki dia.
Untungnya kalau buat gini, lagi breast kosong, lagi susu banyak. Tak percaya sila cuba ya kawan2... ;)

3. Mesti happy.
Hati, fikiran dan jiwa haruslah tenang. Kalau makan coklat tu happykan korang, sila sediakan stok coklat kat ofis, atau kat rumah sekiranya korang tengah berpantang. (Kalau time pantang tu, makan sikit je tau, kalau tak nanti sembelit, sendiri yang susah...:) )
Coklat tu salah satu contoh.
Kalau nak lagi bagus, sambil pam, sambil baca surah2 pendek.... contoh al mathurat...Mudahan, kelebihan dari bacaan2 tadi dapat menyerap masuk dalam susu perahan kita, N baby kita termasuk kita sendiri mendapat manfaat darinya.
Kalau tengah stress gak...Sila pasang citer Mr Bean atau korang tengoklah apa2 citer atau bersembang perkara2 yang menggembirakan...Kadang-kadang, korang perasan tak..Bila tengah syok bercerita...Tau2 botol susu tu dah penuh...Bestkan!...hish...tak dpt nak digambarkan perasaan itu... ;)

4. Minum air secukupnya
Hah...kalau yang ni tak jaga pun payah juga... Nak keluarkan cecair 4-5 botol susu... Tapi minum air...punyalah ciput...adalah segelas dua sepanjang ari kat ofis tu...Leh bayang tak camana gaya breast kita nak dapatkan sumber cecair tu...
Minum air yang best2 yang korang suka N nikmati atau feel pun bagus juga... Sebab bila korang minum sedap2 actually secara tak sengaja telah happy kan korang... Even minum air sirap tu pun, kalau korang sangat feel pun...Tau2 susu banyak je nanti...

5. Makan benda yang sedap2
Makan apa saja, as long as korang rasa sedap... Insyaallah secara tak sengaja leh jadi milk booster korang... Tak semestinya kena beli supplemen tertentu...

6. Jangan biar breast bengkak, walau sekali!
aaa...yang ni sebenarnya yang paling utama. jangan sesekali biarkan breast bengkak. Actually, itulah petanda yang susu korang akan makin berkurang... Percayalah..biarkan dengan sengaja walau sekali dua...Ia akan berjaya menggalakkan pengeluaran
FIL yang akan mengurangkan penghasilan susu ibu.
Sebab basicnya breastfeeding ni, more demand=more supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak penghasilannya. So, jangan sesekali biarkan ia bengkak.

Ni satu perkara saya nak share, even sibuk atau ada halangan apa saja pun, sebagai contoh. .. korang tertinggal botol susu untuk simpan susu pun, leh cari apa saja bekas untuk dijadikan tempat storage sementara. Contoh biasa yang pernah digunapakai ialah:

a) Rembat plastik lauk makcik kat pantri
b) Pinjam botol susu kawan lain (hihi...)
c) Guna botol mineral kosong

Satu lagi situasi lain ialah, ketika korang tertinggal pam atau tiada waktu langsung nak perah (contoh time berkursus atau kat site :

a) Sentiasa standby botol kosong dalam handbag/ poket baju 1 botol sekurang2nya...
b) Belajar perah guna tangan
c) Perah keluar susu, even buang pun takpe... (yang PENTING, nak maintain DEMAND tu...)

Ok, sekian untuk kali ini...
Good luck to all of you.. !
Salam sayang,
AnakIbuShop

February 8, 2014

Kenali milk booster anda @ makanan yg boleh meningkatkan susu ibu


Salam, setelah sekian lama tidak  meng’update blog,hari ni, saya nak gak curi masa untuk update blog.
Apa itu milk booster? 
Milk booster ialah penambah susu badan. Rangsangan yg terbaik untuk meningkatkan production susu ibu secara semulajadi, ialah bayi kita, iaitu dgn cara direct feed. Menyusu secara terus dan kerap. Selain drp direct feed ni, ada beberapa jenis makanan yg dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan jayanya.
Kesan milk booster pada setiap individu berbeza –beza bergantung kpd tahap penerimaan badan seseorg pada makanan tersebut.
Ini antara makanan yg dipercayai boleh menambah susu ibu. Antaranya:-
1.      Segala produk tenusu
2.      Halba
3.      Kurma
4.      Vitamin
5.      Jus pegaga
6.      Jantung pisang
7.      Lobak putih
8.      Kurma
9.      Madu
10.  Sayuran hijau
11.  Longan
12.  Habbatus sauda
13.  Barli
14.  Daun kucai
15.  Air soya/ produk soya cth; taufu,taufufa
16.  Horlicks/Milo
17.  Kobis
18.  Pil ASI/ Air herba dan yg sewaktu dgnnya
19.  Oats
20.  Dan segala yg apabila korg makan,kemudian susu tiba2 banyak dari biasa…

Jauhkan makanan seperti :-
1.      Minuman yg mengandungi Kafein
2.      Macaroni/pasta/ makanan2  fast food (dikhuatiri mengandungi  serbuk2 / perasa yg boleh mengurangkan susu ibu.
3.      Ais
4.      Air gas
Ok, sekarang  apa yg korang nampak dekat list tu,ialah makanan2 yg biasa kita dengar untuk tambahkan susu atau banyakkan susu. TETAPI,saya nak mummys semua faham, setiap manusia berbeza2, rambut sama hitam,tapi hati warna-warni. Hehe..faham tak? Ok2, balik pada kisah kita tadi, apa yg kita makan, daya serapan kita tak sama ngan org2 lain. Jadi, jgn lah rasa gusar,menggelabah ke atau susah hati bila nampak takde apa2 perubahan pada production susu atau susu meningkat,tapi ala…sikittt je..(setelah makan semua2 tu) Jangan susah hati..
Setiap drp kita berbeza,so kitalah yg kena cari n observe sendiri makanan yg mana leh boost up susu kita. Ha..jadi mummys kenalah cuba je semua benda2 yg leh “boost up” susu ,, jangan risau! jangan bimbang!  Sebabnya, kebiasaannya susu setiap ibu, cukup untuk bayinya. Cuma,kdg2, gangguan hormon, stress,penat dan sbgnya tulah, yg leh effect pada pengeluaran susu kita. Tulah, pasni, harap2 mummyss cubalah alert sikit dgn apa yg awak semua makan. Mana2 yg mummys rasa tiba2 wat susu bertambah, catatkan. So, next time leh cari makanan2 tu semula tuk tambahkan susu korg ok!
Sekian, wassalam.. ;)
Happy breastfeeding to all hot mummy out there!!! : )

COOLER BAGS!! (ready stock)

Trendy Cooler Tote (Sweet Sakura)

RM 18.00
NOT INCLUDE POSTAGE


 Trendy Cooler Tote (Rose Stripe)

RM 18.00
NOT INCLUDE POSTAGE

 Trendy Cooler Tote (Pansy Cluster Brown)

RM 18.00
NOT INCLUDE POSTAGE

 Trendy Cooler Tote (Belle Blue)

RM 18.00
NOT INCLUDE POSTAGE
Looking to add some zest and vibrance to your collection of cooler bag? Autumnz Trendy collection of cooler bag which comes in 4 colours - will do exactly what it promises.
Features:
Cheerful and stylish to uplift your breastfeeding spirit
Spacious - able to fit 4-6 bottles + 3 pcs of Autumnz Ice Pack + Manual Breastpump 
Effective - can keep milk cold for 12 hours with 3 pcs of Autumnz Reusable Ice Pack
Practical - easy to use with 3 ways of carrying (shoulder sling, arm carry, hand carry)
Affordable - best bargain in town

Berminat 
zuranapiah@yahoo.com | 013 9486569 | fb : Nor Azura | fb page : AnakIbuShop
                                                                        


                                                                  

February 4, 2014

MEDELA HARMONY (READY STOCK)

MEDELA HARMONY
Pam susu juga memainkan peranan yang penting bagi menjayakan penyusuan. So, bagi mereka yang mempunyai bajet tu, saya cadangkan mommie-mommie belilah yang menggunakan elektrik. Tetapi bagi yang merasakan pum elektrik agak mahal..jangan risau! Apa kata you all cuba Medela Harmony nie...saya sangat2 cadangkan pum nie kerana pum ni SANGAT-SANGAT membantu ^_^ 

Apa  BEZA harmony dengan pam manual yang lain.. ??? jom kita tgk kat bawah nie...
  • With 2-Phase Expression - Seakan2 bayi yang menghisap...bessst sgt!
  • Ergonomic swivel handle - Sangat memudahkan! Pusing je handle tu ikut keselesaan!
  • Gently massaging SoftFit Breastshiled - Lembut! Sangat selesa dan pada yang sama akan massage breast untuk menggalakkan pengeluaran susu.
  • Fewer parts than other manual breastpumps - Mudah dipasang..mudah dibuka dan jimat masa untuk mencuci.

Lembut dan selesa

SoftFit breastshield pam mencipta kesan mengurut, memberikan keselesaan semasa anda mengepam.


set medela harmony lengkap
mudah dikendalikan ^_^


On the road again

A bottle stand and travel cap make it easy to take the Harmony with you.



MEDELA HARMONY 

ape yang best tentang medela harmony ni??

first, kita boleh control sedutan pam tu. semua bergantung pada cara kita pam. susu boleh kumpul cepat. dalam masa anggaran 7 minit dah boleh berjaya kumpul 4 oz untuk sebelah breast.

second ,pam susu manual medela ni tak la penat mane pun even thought benda ni manual. senang nak cuci sebab part pam susu ni cuma ada dalam 4 benda je. dan semua part dalam pam ni boleh cuci sebab takde wayar-wayar. Bila 'parts' dah sikit, saya takde masalah nak angkut gi tempat keje.

Ketiganya, Harmony tak bising-memang tak berbunyi langsung. Senyap aje.. sedar2 botolku dah penuh. best kan? tak der la berlaku pencemaran bunyiii ...hihihi

maklumat yang saya peroleh tentang Madela Harmony ni :
Medela Harmony - ringan, selesa di gunakan, kurang mencekam, 6 minit susu sudah di pam keluar

Inshaa Allah...sgala yang terbaik untuk si manja.. 
berminat boleh hubungi 013 9486569 

February 1, 2014

TIPS PEKATKAN SUSU & BANYAKKAN SUSU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semenjak dua menjak ni, saya selalu je dok baca mengenai susu pekat susu cair.Ini perihal susu ibu yang terhasil pekat dan cair. 

Sebagai ibu yang menyusukan anak,semua mommy betul-betul menitik beratkan soal pemakanan kan?? Bukan berpantang makan..tapi menjaga pemakanan agar baby dapat khasiat yang baik dari susu yang kita minum. Lagipun memang antara tujuan utama bagi baby minum susu adalah nak serap dan dapat segala khasiat serta nutrien yang baik. Kalau baik pemakanan mommys, baiklah khasiat serta nutrien yang baby perolehi. kan? :)

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk perolehi susu yang pekat dan untuk memperbanyakkan susu. Semua ni hasil pembacaan saya, pengetahuan saya, perkongsian dari kawan-kawan dan ada juga yang saya sendiri aplikasikan. Apapun, konsep asas penyusuan itu adalah perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2tahun. 

Pemakanan

- Lobak putih : Boleh masak buat sup. Ada jugak orang goreng letak telur dan soohoon.
- Sawi : Yang ni..mulanya macam tak percaya. Tapi memang ada kawan saya yang makan sawi membantu.
- Pegaga : untuk banyakkan susu dan pekatkan susu :)
- Jantung pisang : Boleh jadikan ulam, masak lemak pun sedap jugak.
- Cekur Manis : masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Kacang Hijau : Bubur kacang hijau letak durian. Sedap! Ini boleh pekatkan susu
- Kacang Tanah : panggang kacang tanah dan blend. Masukkan dalam susu kambing. Minum. Lazat!
- Daun Kucai : Daun kucai dan ikan bilis, rebus. Makan dengan nasik panas.
- Petola, bayam, daun turi : masak lemak manis (ini dapat dari blog walking) tak sure sebab tak pernah try.
- Cheese boleh pekatkan susu
- Buah Kurma : Ini ramai yang dah tahu :)
- Kobis - masak air
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau.
- Sayur Bendi : Masukkan dalam asam pedas atau makan ulam.
- Biskut bijirin : Biskut yg ade cereal. Tak kisah biskut apa. Asalkan yang ada careal.

Minuman

- Air masak : Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Sebelum pam susu minum air. lepas pam susu pun minum air.
- Longan Kering : Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
- Halba : Rendam dan minum air halba  (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Kalau tak lalu nak minum air, boleh masukkan dalam lauk yang dimasak.
- Oat : Boleh buat lempeng, cekodok letak oat.
- Jus pegaga
- Lobak putih - rebus dan minum. 
-Air Sengkuang Cina - Boleh beli dalam tin brand season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.

Tinggalkan AIS dan MINUMAN SEJUK sebab ini adalah antara punca susu kurang pada sesetengah ibu.


Senarai Pengedar Shaklee Malaysia

January 28, 2014

READY STOCKKKKK ANAKIBUSHOP :)


Assalamualaikum dan salam sejahteraa..

FEBRUARY OFFERS OPENN NOW !
MEDELA HARMONY BreastPump dan AVENT MANUAL Breastpump  ready stock in Malaysia. Original full complete set in box.


RM 210 
INCLUDE POSTAGE 
for ONE BreastPump :)


NAK BERJIMAT?? NAK SAVE BUDJETT?? 
JANGAN RISAU...
ANAKIBUSHOP ADA SEDIAKAN PACKGAGE FOR FEBRUARY OFFERS ^_^ 
DUIT JIMAT, ANAK SIHAT !! 

Package Avent


Set ini terdapatnya :
  • 1 set Avent manual breastpump
  • 1 Autumnz cooler bag 
  • 1 boxes Autumnz ice pack (3pcs)
  • 2 boxes Autumnz Double ziplock Storage Bag
  • 1 boxes Autumnz breastmilk storage bottles (10 bottles)

Package Harmony


Set ini terdapatnya :
  • 1 SET Breastpump Harmony
  • 1 Autumnz-Cooler Bag 
  • 2 boxes Autumnz - Double ziplock Storage Bag
  • 1 boxes Autumnz Breastmilk storage Bottle (10 bottles)
  • 1 boxes Autumnz-ice pack (3pcs)

FEBRUARY OFERS (PACKAGES)
RM 300
INCLUDE POSTAGE 

BERMINATT?? JANGAN TUNGGU LAMA2 ^__^
SMS / WHATSAPP 0139486569