December 27, 2013

SUSU KURANG : AMALKAN TIPS 5 MINIT


Salam sayang buat semua pembaca blog ini especially mummy2 and bakal mummy yang sedang membaca entri ini...Moga kalian sentiasa di bawah lindunganNya.


Pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda, betapa pentingnya 10 minit oppps! tajuk pun dah  5 minit. jadi betapa pentingnya 5 minit kita untuk mengepam susu. Antara sebab saya tertarik untuk kongsikan amalan ini, ialah kerana saya sangat simpati kepada mummy2 yang kerjanya sangatlah super busy, hinggakan nak luangkan masa untuk pam susu pun, bukanlah satu perkara yang mudah.



Ikuti tips mudah ini ya sahabatku sekalian:
1. Luangkan masa 5 minit untuk pam susu, sekurang-kurangnya 3 kali pada waktu bekerja selama 8 jam. (5 minit pun jadi, yang penting perlu ada "demand", then baru ada 'supply')
2. Amalkan pam susu jarak maksima yang dibenarkan ialah 3 jam sekali.
3. Setkan masa, amalkan sifir 3  iaitu jam 9 am, 12 pm, 3 pm, 6 pm dan seterusnya (jika terlebih rajin N tujuan nak tambah stok)...
4. Corong and peralatan pam yang digunakan, tak perlu basuh, terus simpan dalam 'cooler bag' atau peti ais untuk kegunaan dalam masa 24 jam. (Pastikan tangan sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria atau kuman).



Ok, cuba amalkan 4 perkara di atas. Insyaallah masalah kurang susu akan dapat diatasi dengan izinNya...



Untuk lebih detail lagi, bolehlah saya berikan penerangan ringkas untuk tips di atas. Tujuan tak 'explain' terus pada tips tu, sebab tak nak kalian pening ngan penerangan saya yang panjang lebar. Lagipun, bukan semua mummy ada masa yang mencukupi nak baca se'detail' itu. Kadang-kadang, mereka hanya jeling sikit je pada teks tu, tujuan nak tahu sikit pun takpe...dari tak tahu langsung... Jadi mari kita memudahkan mereka ya...



Ok...Penerangan panjang lebar bermula di sini:



1. Luangkan masa 5 minit untuk pam susu, sekurang-kurangnya 3 kali pada waktu bekerja selama 8 jam. (5 minit pun jadi, yang penting perlu ada "demand", then baru ada 'supply')
Kenapa saya kata 5 minit? Kerana, jika kalian perasan ketika kita breastfeed anak atau pam susu pada saat ke 30 atau seterusnya, tetiba susu keluar memancut2 kan atau kalau tak perasan, sila 'feel' selepas ini ya...Hehe... Itulah dinamakan 'let down reflex', tetiba rasa cam denyut2 panas sikit kan...atau gambaran ringkas, time kita pam tu, tetiba susu jadi cam banyak je kan...



Untuk mummy yang first timer ni, mesti akan pam lebih dari 5 minit, sebab masih belum dapat biasakan diri dengan 'let down reflex' tu. 



So, sekarang kalau kalian dah biasakan diri, amalkan pam walau 5 minit, insyaallah... Agak2 leh tak adjust gak time kerja tu, supaya sempat pam... :) 



2. Amalkan pam susu jarak maksima yang dibenarkan ialah 3 jam sekali.
Ok, part yang ni paling best. Ish..memangla...Walau camana pun, kita kene usahakan jugak luangkan masa untuk pam. Paling teruk kalau tak sempat, ibaratnya.. demi nak maintain kan proses 'demand' tu. Sebab, kalau kita biasakan tak apply konsep 'demand' tu...Insyaallah susu kita akan berkurang sedikit demi sedikit....Hah...tak nak kan...Mudahan Allah izinkan kita menyusukan anak hingga 2 tahun ya...amin...



Lagipun, rahsianya ialah...ini salah satu cara saya rancang kehamilan secara semulajadi. Hihihi...(sambil tutup mulut) Kalau tak 'confident' korang jangan ikut k... Sebab, saya pernah terbaca, bila kita menyusu, hormon prolaktin yang ada tu sebenarnya menghalang rahim kita dari menghasilkan telur yang subur. So, walau baby dah start makan pun, saya cuba sedaya upaya adjust gap pam susu tu, supaya tak lebih 3 jam.

3. Setkan masa, amalkan sifir 3  iaitu jam 9 am, 12 pm, 3 pm, 6 pm dan seterusnya 
(jika terlebih rajin N tujuan nak tambah stok)
Aaa..part yang ni pun best juga... Tujuan saya sebut 9, 12, 3, 6 bagai tu...as a guide je...Janganlah stick tu the plan sangat.



Sampaikan, tadi baru pam susu kul 10.30 pagi...bila nak pam jam 12 tengahari, kononnya untuk next pumping...dah tangguh nak pam...sebab kata baru sangat pam...N kalau pam pun susu sikit je...



Ok, kalau mummy yang 1st timer tu, saya excuse...sebab rasanya diorang memang lum faham lagi...Tapi sebenarnya, tanggapan kalian salah ya, kalau beranggapan begitu... Sejujurnya, kalian tak sedar, yang sebenarnya, kalian dengan tak sengaja ter'set' dalam minda korang yang susu tu tak proses lagi... Biarlah nak nafikan camana pun...Tapi sebenarnya korang anggap begitu.



Sebenarnya, 'miracle'nya kilang susu kita ni, proses penghasilannya tak pernah berhenti...Masya Allah...kalau korang ada masa nak mengkaji keajaiban menyusu ni...terlampau banyak... Sehinggakan..hati ni terasa syahdu je setiap kali terlibat dengan penyusuan...Banyak bukti kekuasaan Allah yang tersembunyi, yang mana kalau kita renungkan...Masya Allah....rasa nak menangis dengan kekuasaanNya dan segala rahsia yang tersembunyi disebaliknya...Insyaallah ada rezeki nanti...suatu masa saya akan kongsikan.



Ok, sambung balik, sebenarnya...kalau korang perasan, selagi korang pam, atau perah..susu tu masih akan keluar...walau setitis pun...Sebab dia sentiasa proses... Jadinya kalau korang dah faham dengan anatomi 'breast' kita ni...Silap2 lepas pam..balik tempat duduk tu...Susu tengah memenuh semula... Betul...benda tu kalian boleh rasa nanti...Setelah faham dan sudi nak menyelami aktiviti 'breast' korang... :)



4. Corong N peralatan pam yang digunakan, tak perlu basuh, terus simpan dalam 'cooler bag' atau peti ais untuk kegunaan dalam masa 24 jam. (Pastikan tangan sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria atau kuman).



Ok, yang ni, syukurlah...Makin banyak kita kongsikan ilmu...Makin banyaklah ilmu yang datang. So, sila jangan kedekut ilmu ya kawan2...Semuanya milik Allah...kita dapat ilmu tu pun dengan izinNya.



Ok, rahsianya ialah, corong pam dan botol susu bagai tu, yang kita dah guna tadi...Takyahlah basuh setiap kali..n rendam air panas setiap kali...Yang tu yang curi masa kita... Baik kita jimatkan masa untuk pam..dari bunag masa, ke sana sini, semata nak basuh botol...



Tapi, WAJIB pastikan tangan kalian sentiasa bersih ok... Peralatan tu, kalau kita simpan tempat sejuk, tahan untuk diguna sehingga 24 jam. Sebabnya, susu kita sendiri ada agen bakteria baik (antibakteria) Lepas pam je, terus simpan peralatan tu dalam peti ais..Kemudian nak pam, just ambil je barang tu semula...Mudahkan... ;)



So, apalagi...Selamat mengepam wahai ibu sekalian... Walau sesibuk mana pun kita...Ingatlah..sebenarnya tanggungjawab kita kepada anak2 dan keluarga itu yang paling utama...

Best of luck to all of you...!
Semoga dipermudahkan segalanya....
Amin ya Allah...
Sekian dulu...

"Menyusu itu indah"

No comments:

Post a Comment