Salam,
Salam selamat pagi kepada mummy2 mithali and solehah yg sudi singgah ke blog yg tak seberapanya ini..... :)
Hari ni, kita citer tentang, bagaimana nak menghadapi situasi sekiranya terdapat serangan dari pelbagai penjuru. Tak kisahlah ada yg terkena serangan 3 penjuru, 5 penjuru atau berapa penjuru... Yang penting, kita sama2 share pengalaman bagaimana nak hadapi semua ni, supaya misi kita untuk 'breastfeed' hingga 2 tahun berjaya!!!
Ada beberapa serangan, dari pelbagai penjuru. Saya akan pecahkan satu-satu. Cuma pecahan ni, saya ikut turutan dari selepas kita bersalin...(Sebaik2 je baby sudah ada depan mata.) Ok, jom baca sampai habis.(pastu, kalau sudi, sebar2kan entri ni, supaya, mummy2 yg lain dapat gunakan ini sebagai perisai untuk menentang serangan dari pelbagai arah ok :)
Breastfeed your loved ones <3 nbsp="">3>
1. Serangan dari kakitangan hospital (tempat kita bersalin) atau bidan (kalau yg masih bersalin kat rumah)
- Hospital
- terus berikan baby susu formula sebaik saja baby selamat dilahirkan. Biasanya, baby akan disusukan, selepas doktor buat 'check up' kat baby ( mummy awal2 kena pesan pada kakitangan hospital, SECARA TEGAS, saya mahu susukan anak saya. Jangan beri langsung anak saya minum apa2 selain dari susu saya!) Jangan TAKUT, itu HAK kita. Anak kita, bukan anak dia.. :)
- nurse yg tak support breastfeeding, sentuh2 breast kita, terus cakap kita tak de susu. (padahal, memang susu belum dihasilkan lagi, yg ada cuma kolostrum.)
- bagi mummy yg tiada pengalaman menyusukan anak, pasti akan menghadapi masalah. (kalau bersalin di hospital rakan bayi, biasanya nurse akan ajar ibu cara menyusu yang betul. Kalau bukan rakan bayi, nurse akan cakap, " Puan, anak puan dah lapar, dia harus disusukan segera. Biar kami susukan dia." Sebabnya, dia tak kuasa nak ajar cara menyusu dengan betul.Makan masa nak belajar ni, diorg kan busy) So, mummy WAJIB study tentang breastfeeding ni, di awal kehamilan lagi. Supaya minda sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran yg mendatang...
-Bidan
- Ada sesetengah bidan yg sokong susu ibu, tapi mentaliti dia masih anggap susu ibu tak kenyang. Biasanya dia akan nasihat mummy supaya campur dengan susu formula atau bagi glukos, air nasi @ pisang lenyek. TAK PERLU!!!
- Biasalah tu, baby baru lahir minum kerap. Susu ibu mudah dihadam dan diserap oleh perut baby. Sedangkan susu formula tu, ambil masa yg lama untuk perut baby berhempas-pulas proses susu tu.Sebab tu, lambat lapar. Bukan kenyang seperti yg org biasa maksudkan.
2. Serangan dari suami/ibubapa/ ibubapa mertua/ adik-beradik/ kakak ipar dll sedara mara terdekat yg tak support breastfeeding
- Bila dikelilingi dgn org yg terdekat, TAK SUPPORT BREASTFEEDING pulak.Kita akan stress...Pastu effect production susu. Susu tak mau keluar. Atau susu ada, tapi LDR (Let Down Reflex), pancutan susu yg mengenyangkan baby tu tak de.LDR ni, pantang terganggu sikit je, terus tak mau bertugas. Mummy tak leh stress, tak leh rasa malu, tak leh sedih and macam2 lagi perasaan negatif. Saya ada post entry pasal ni. boleh rujuk SINI
- Sering jugak terjadi, akibat baby MELALAK macam ape da... Macam da lapar sangat gayanye!!! Buatkan mummy panik and tertekan. Mungkin flow susu agak lambat. Paling memburukkan keadaan, mummy tengah panik and stress, mulut2 bising dok bunyi2 tak henti, tambahkan stress mummy. INGAT, JANGAN STAY kat situ, bawa diri mummy and baby ke bilik lain (untuk menyusu). JAUHKAN DIRI DARI MEREKA2 ITU!
- Kawan2 ofis call tanya kabar and tanya, "dah ajar anak minum susu botol tak? Nanti naik ofis ko susah. Takut anak tak pandai minum botol."
(Insyaallah susu cukup. Mummy kena percaya pada diri. Yakin pada rezeki Allah. Mummy dah selamat mengandung and bersalin, Insyaallah mesti boleh menyusu. Cuma kalau menyusu buat yg pertama kali, banyak perkara yg harus dipelajari. Jangan susah hati, tanya pada nurse yg boleh membantu atau tanya pada kawan2 yg breastfeed. JANGAN SILAP BERTANYA PADA ORG YG TAK BREASTFEED. Jawapannya, tak breastfeedlah jadinya nanti )
Tips untuk yg ini, (jangan kita berlagak atau 'over confident' pulak pasal breastfeeding ni). Kalau ada yg menasihat suh top up susu formula. Senyum je...berikan maklumbalas yg bersopan... "Tak pe kak/ makcik/ nenek...sy cuba breastfeed dulu, tengok dulu macam mana...Setakat ni, alhamdulillah susu saya cukup untuk anak saya..."
3. Ketika berpantang dgn mak/ mak mertua/ penjaga dan yg sewaktu dengannya...
- Mereka suh mummy ajar anak minum susu formula, sama ada sebab takut baby tak kenyang, atau takut mummy tak cukup susu.
So, terdapat kekeliruan di sini. Takde siapa pun cakap, minum susu formula tu BAWA MAUT! Siapa yg cakap? Siapa yg kata baby minum susu formula tu BODOH! Tak de cakap pun. Tapi, kadang2, org2 yg tak berjaya fully breastfeed ni, macam melenting2 bila kita nak breastfeed anak. Seboleh2 nak kita ikut jugak rentak dia.
***Sebenarnya tujuan kita nak breastfeed anak, ialah kerana nak pertahankan hak menyusu untuk anak. Tambah lak memang sudah termaktub di dalam Al-Quran, penyusuan hingga genap 2 tahun. Malah setiap titis susu tu, terdapat pahala di dalamnya. Lagi pulak, mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastu, susu ibu ni, berubah kandungannya ikut usia anak. Lagi, susu ibu ni, memang KHUSUS untuk bayi kita. Tambah lak kalau premature, baby memang sangat2 memerlukan susu ibu ni kerana antibodi di dalamnya. Susu ibu, baby jarang sembelit, sebab kandungan dia sangat lengkap dan sempurna. Allah yg ciptakan, mana sama dgn ciptaan manusia. Air masak pun tak perlu beri, selagi anak menyusu sepenuhnya tanpa makan bendasing lain selain susu ibu, sebab susu ibu mengandungi 80% air. TAK WUJUD perkataan susu ibu PANAS! Kalau susu formula mungkin ye, kandungan susu buatan ni tak balance. Memang kena sulam dgn air masak. Tapi kalau terlebih air masak pun tak boleh. So, macamana, susu ibu jugak yg TERBAIK! Kan.... :) ***
4. Tekanan ketika nak buat persediaan kumpul stok susu
- ~Hasil susu perahan dapat sikit. Mummy risau susu tak cukup.Ini perkara NORMAL and biasa je tu. Mula2 memang dapat sikit. Lama2 kalau kita berlatih and kerap pam, hasil perahan akan meningkat sedikit demi sedikit.
- Kalau ada manusia yg tegur, kenapa susu mummy sikit. Jawap jelah..."Biasalah ni, mula2. Lama2 nanti ok la..."(Kalau boleh, kalau ada manusia ini di tepi kalian ketika nak memerah susu. Bawa diri kat dalam bilik, kunci pintu, pam susu sorg2, relaks and tenangkan diri...Insyaallah lancar. Jangan dok bertahan telinga biarkan bunyik2 tak sedap tu, macam radio rosak dok bising2 tepi telinga kita. Kita tak de masa utk itu. Banyak lagi perkara yg nak difikirkan.)
5. Kena paksa latih beri anak minum formula sebelum naik ofis
- Mummy perasan tak, kalau kita pertahankan anak kita untuk fully breastfeed biasanya org2 tua akan melenting, cakap kita budak baru belajar, diorang dah lebih dulu makan garam.Biasanya, org2 tua, memang takkan mahu mengalah kepada org muda. Lagipun, mereka memang tak salah. Mereka cuma pertahankan sesuatu perkara setakat yg mereka tahu selama mereka hidup.
- Kalau boleh, cuba print artikel yg berdasarkan fakta berkaitan penyusuan susu ibu. Kelebihan susu ibu, bahaya air masak dan susu formula kepada bayi, and lain2. (Sebab, kadang2 kalau kita cakap, tak masuk telinga diorang pun). Kalau boleh suh diorang baca sendiri.
Insyaallah, jawapan ini, adalah sebagai "full stop" kepada bebelan mereka...hehe...
Akan update lagi selepas ini...Insya Allah... ^_^
No comments:
Post a Comment