Dari segi minda:-
- Ilmu breastfeed. Banyakkan membaca ilmu2 tentang breastfeeding ni.
- Set dalam minda bahawa setiap ibu yang MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH PASTI BOLEH MENYUSUKAN ANAKNYA.
- Bersiap-sedia dgn apa jua bentuk cabaran yg mendatang. Sbg contoh:-
-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
- Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.
- Yakin bahawa susu kita cukup untuk anak kita.
- Tahu dan faham bahawa SUSU IBU ADALAH YG TERBAIK SERTA TIADA TANDINGAN. Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.
Dari segi alatan:-
- Buku “Panduan Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya”
- Botol susu (cadangan aku beli je botol yg 5oz, klu beli yg 2oz tu rugi je. Sebab nanti bila dah naik ofis, korang nak simpan susu yg diperah tu, takkan dalam botol kecik2 banyak2 tu, semakkan “cooler bag” korang je nanti. Pastu, nanti dah 4 bulan kadang2 ada setengah bayi dah minum 3oz sekali minum. )
- Plastik beg untuk simpan susu. Plastic Linear @ bottle storage pun boleh. Ikut keselesaan dan kemampuan masing2. Tapi, kalau fikir nak buat stok, tolongla jangan beli botol susu banyak2, nanti buat semak almari je. Bila jatuh bergelimpangan, bunyi botol tu, bisingnya lahai.
- Breastpump. Ini ikut keperluan, kalau tak mampu tak payah beli. Sebelum beli, test dulu semua breastpump yg ada ikut kesesuaian korang. Tapi, cadangan aku yg paling terbaik N simple ialah breastpump SPECTRA 3, sebab suction dia leh control ikut keselesaan kita. Ada setengah ibu suka breastpump manual. Sebab senang, dalam keta pun boleh pam. Oh, lagi satu pam manual boleh di mana2, walaupun ketika soket elektrik tiada.
- Cooler bag. Untuk simpan susu, supaya kekal sejuk N fresh sehingga selamat sampai ke rumah.
- Warmer. Untuk panaskan susu. Warmer ni, suhu dia maintain 40 darjah. So, susu kita memang suam je. Kalau tak mampu beli warmer ni,janganla sedih,masih ada cara lain lagi. Caranya, rendam je botol susu dalam air panas yg dimasukkan dalam mug.
- Deep Freezer. Kalau ada perancangan nak anak ramai N niat nak menyusukan setiap kali lepas melahirkan, bolehla mula kumpul duit sikit2 time tgh pregnant tu, supaya dapat beli sebuah deep freeze macam aku ni. Bila ada deep freezer ni, semangat lagi menjulang2 tinggi nak buat stok susu.
Teknik memerah @ mengepam:-
- Breastpump elektrik
- Manual breastpump
- Teknik marmet. (Memerah guna tangan)
- Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu. Syukur alhamdulillah, rupanya bila kita perah guna tangan, breast rasa lebih ringan N kita dapat rasa dia betul2 kosong, compare dgn pam guna breastpump. Susu pun lebih banyak sikit dari biasa. So, camanapun kena belajar juga teknik ni. Sebab pas pam guna breastpump, yg hujung2 baki susu tu (yg pekat & lemak manis), Biasa dapat dalam 1/2oz atau 1-2oz. Padahal kalau pam, dah kuar angin je tu..Tula, korg belajar k cara perah guna tangan ni.
K, sekian untuk kali ini. Sayang korang semua. Semoga berjaya!
Happy breastfeeding!!!....
Wassalam... J
Gud info....hihi....memang ada niat nk fully bg...hihi
ReplyDelete