December 31, 2013

Rumble Tuff Breastpump

Rumble Tuff set

OK, ini die rupa paras pam tu. Motornya sangat comel. Sebesar tapak tangan saya saje.

Rumble Tuff Duo Breastpump

1) Harga
  • Harga pam ni yang murah berbanding medela - itulah faktor utama kebanyakan new mommie-mommie beli. Harganya xmahal, siap dapat macam-macam barang lagi. 
  • Dapat 2 set botol dan corong tu.

2) Ciri-ciri
  • Pam ni boleh digunakan secara manual, guna bateri dan guna elektrik. 
  • Boleh digunakan secara single pumping dan double pumping. Tapi saya sarankan guna single pumping je atas sebab, boleh guna pam tu 2 kali. Means, contoh kul 10am, you pam sekali guna single pumping. Then botol tu you tak basuh pun. Kul 1pm you pam lagi guna botol yang satu lagi. Dah sudah, terus simpan. Balik rumah baru basuh. Jadi kalau kul 10 am, you buat double pumping, nanti kul 1pm you nak pam macamana? Sebab botol tu dah digunakan, kan? atas keselesaan kita ye..hihi..

3) Stimulation Cycle dan Expression Cycle
  • Saya dah pernah update pasal ni. Boleh baca kat SINI.
  • Stimulation Cycle selama 2 minit. Masa ni, susu pun dah mula keluar. 
  • Expression Cycle -selalu pam 10 minit untuk satu belah, jimat masa kan??  
  • Suction level ada sehingga 8 level. kebanyakan mommies selalu guna level 3 je, kadang-kadang je pergi level 4. Pernah try sampai level 5, tapi lepas tu miss b sakit sampai 2 hari. Tobat mak!!

5) Bahagian-bahagian pam (parts)
  • Senang ditanggalkan dan senang dipasang semula.
  • Mula-mula tu akan confuse jugak la, tapi lepas dah hari-hari pam, sambil pejam mata pun boleh pasang parts tu balik. Alah bisa tegal biasa, kan.

6) Kuantiti susu yang dipam
  • Sebenarnya, saya tak percaya kalau orang cakap, bila kita guna pam yang mahal, susu kita banyak keluar. Kalau guna pam murah, susu sikit je keluar. Yang saya percaya ialah, banyak atau sikit susu yang diperah tu bergantung kepada ibu itu sendiri. Keadaan kesihatannya, cara pemakanannya, cara pemikirannya, positifkah dia, negatifkah dia, kesungguhan dia, itu yang sebenarnya mempengaruhi kuantiti susu yang dipam. 
  • Sama juga dengan saiz tubuh badan ibu. Kalau ibu gemuk, susu banyak, kalau ibu kurus, susu sikit. Saya tak percaya benda tu.
  • Jadi kat sini, kuantiti susu bergantung kepada ibu, bukan kepada pam.

Berminat dengan RT ?? boleh rujuk SINI untuk pertanyaan atau pembelian ^_^ 
Terima kasih kerana mempercayai kami AnakIbuShop..
Niat kerana Allah, dengan cara yang benar,
Izinkan saya membantu anda... 

Moga Allah meredhai..  

No comments:

Post a Comment