December 26, 2013

ISTILAH SUSU CAIR UNTUK SUSU IBU?? ADE KE??

Salam sayang buat semua mummy2 cantik jelita + daddy2 macho yang sedang membaca blog ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat menyuntik semangat "breastfeeding" untuk anakanda tercinta.


Kadang2 nak tergelak pun ada jugak, macam2 istilah yg didengari N disebarkan tanpa mendapatkan maklumat yang tepat. Hai..suka suki je manusia nikan... Tanyalah pada yg pakar terlebih dahulu sebelum berikan nasihat pada orang lain. Berdosa tau, kalau disebabkan kamu, mummy tu terus stop breastfeeding. Walhal ramai dah taukan, breastfeeding ni perlukan sokongan mental dan emosi yg kuat daripada orang sekeliling...Takpe2, harap2 mummy sekarang lebih bijak untuk membuat pilihan serta bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yg tepat.



SUSU CAIR seperti ideal, carnation dan yg sewaktu dengannya memang ada kat luar tu. Tapi untuk susu ibu, tiada istilah susu cair sebenarnya. Pandai2 je, nampak susu mummy tu cair, korang kata cair dan tak berkhasiat!!! Sekadar perkongsian je kepada mana2 mummy yg belum tahu, susu ibu ada 2 peringkat, di mana, susu yang pertama (yg mula2 keluar masa kita perah) dinamakan "foremilk" kelihatan agak cair dan yang terakhir ialah "hindmilk", dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.




Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia. Allah kan Maha sempurna. Kenapa masih ada lagi manusia yg suka2 nak pertikai ciptaan Allah yg Maha sempurna ni. Ada saja alasan nak bagi susu formula. Lagi pulak, yg bikin atia panas tu, bila ada yg menjawab, "alah.... kita pun dulu2 minum susu tepung je...Tak mati pun....Pandai je aku ni...Tak bodo cam lembu pun..."


Aduhai...lemah betul la dengar ni.. Ni bukan masalah boleh bawak mati ke atau isu bodoh. Sekarang ni, ialah, isunya kita nak berikan yang terbaik untuk anak2 kita. Betul tak! Terpulang pada kita untuk membuat pilihan. SUSU IBU adalah yang terbaik dan sempurna untuk anak kita. Allah yang ciptakan, tak layak nak dibandingkan dengan ciptaan manusia yang terbatas. Terpulangla... kepada setiap individu untuk menilai dan membuat pilihan. Anda yg menentukannya...



"Selamat menyusu. Semoga berjaya!!! "

No comments:

Post a Comment