Tahukah anda di dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia:
"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJAdari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan".
Saya merujuk kepada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Jadi kalau anda sayangkan bayi anda:
1. Jangan berikan anak anda sebarang minuman/makanan selain SUSU IBU sahaja. Jangan risau kerana pada waktu ini segala nutrisi mencukupi walaupun cuma meminum susu ibu sahaja. Tak perlu nak bilas mulut or beranggapan bahawa bayi haus. Lebih 80% susu ibu terdiri daripada air. Jadi air sudah mencukupi di dalam susu ibu. SubhanAllah! Terbukti bayi susu ibu sangat sporting dan tidak menyusahkan ibu dan bapa kan? (^_~)
2. Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif pada 6 bulan pertama boleh diperkenalkan dengan 'solid food' setelah bayi tersebut cukup 6 bulan. Bermaksud apabila bayi anda sudah mahu memasuki bulan ke 7. Kajian membuktikan, kebanyakan kanak-kanak yang obes sewaktu besar adalah kerana pengenalan makanan pejal yang terlalu awal. Kenapa ya? Kerana sistem pencernaan bayi belum lagi matang sepenuhnya semasa bayi. Jadi, kalau anda sayang anak anda, berusahalah untuk tidak memberikan dia nestum, bubur, ataupun apa-apa sahaja sebelum bulan ke 7 umur bayi anda.
*Nanti saya cerita kesan-kesan/keburukan memberi air masak sebelum 7 bulan ke atas bayi ya.. :)
No comments:
Post a Comment