Hasil susu ibu berkait rapat dengan mental dan emosi ibu! Walau makan milk booster apa pun!
Salam,
Kali ni nak citer pasal mental & emosi ibu. Mental & emosi kita ni, memang berkait rapat sangat dengan 'production' susu ibu. Tak kisahlah walau makan 'milk booster' apa pun. Atau pam berapa kali. TAPI, kalau dalam hati kita @ dalam kepala kita, mental dengan emosi tengah tak stabil @ bercelaru @ susah hati @ sedang bersedih, memang 'effect' pada susu ibu. Sama ada berkurang atau yang paling malang, susu tak keluar langsung. Pernah terjadi tak?
Kalau tengah sedih, walaupun breast tengah penuh (bengkak), percaya tak, walau kita pam dekat sejam pun, susu yang keluar tak sampai 1oz. Dahla nipple jadi sakit, lepas tu, breast bengkak sampai macam nak demam. Baby minum pun, tak membantu. Kadang2 dia lak yang melalak sebab susu tu takmo keluar.
Ok, kalau semua ni ada berlaku @ terjadi pada korang, saya nak nasihatkan korang supaya, teruskan saja sesi mengepam, ikut waktu. (Pls, jangan skip, sebab ingat konsep susu ibu ni,more demand=more supply). Kemudian, bawak2la hepi2kan diri. Atau pandai2 tenangkan diri, supaya flow susu tu lancar. Kalau tak pun, pernah terjadi, bila pam langsung tak keluar kan (pam angin). Kalau kes ni terjadi. Pam jugak, just untuk rangsang kilang susu supaya tetap produce susu.
Oh, satu lagi, saya nak pesan, WAJIB semua ibu tahu macamana nak guna teknik 'marmet' (memerah susu guna tangan). Sebabnya, bila kita perah guna tangan, setiap urat susu @ salur susu tu, dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, berbanding dengan pam manual/ pam letrik dan sebagainya.
Sebabnya, biasanya lepas pam, kalau perah gunakan tangan, biasa leh dapat sehingga 1 oz lagi setiap sebelah. Maksudnya, bila campur 2-2, leh dapat 2 oz lagi. (inipun setelah 'expert' gunakan tangan, mula2 mmg akn dapat 0.5 oz je 2-2 breast) hhii... Lagipun, lagi kita kosongkan sepenuhnya breast kita. Lagi kilang kita aktif 'produce' susu sebanyak mungkin.
harap entry ni berguna untuk mommie-mommie semuaaaa .
semua yang terbaik untuk si manja kita ^_^
Insya Allah.
salam sayang,
AnakIbuShop
No comments:
Post a Comment